KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia terus komited untuk memperkukuh sektor Tenaga Lestari (TL) dengan tujuan memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia serta akan terus menyokong seluruh program dan polisi kerajaan dalam sektor tenaga, bekerjasama dengan pihak industri, masyarakat dan badan antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Hamzah Hussin berkata, TL memerlukan kedua-dua aspek merangkumi tenaga boleh baharu (TBB) dan kecekapan tenaga (KT) untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan kesan perubahan iklim serta melindungi alam sekitar.
"Malaysia telah mewartakan lima sumber TBB di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725] iaitu solar fotovoltaik (PV), hidrokuasa kecil, biogas, biojisim dan geoterma untuk dilaksanakan di bawah mekanisme tarif galakan (FiT).
"Namun begitu, hanya empat sumber iaitu solar PV, hidrokuasa kecil, biogas, biojisim telah dilaksanakan di Malaysia. Manakala, tiada loji janakuasa geoterma yang telah beroperasi," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
SEDA Malaysia merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dengan fungsinya menjalankan program-program berkaitan TL termasuk meningkatkan kesedaran orang awam berkaitan industri ini.
"Sumbangan SEDA dalam industri TL sejak penubuhannya termasuk peningkatan kapasiti terpasang TBB, menyokong amalan kecekapan tenaga dalam sektor komersial dan industri serta menyumbang kepadaaspirasi negara untuk pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan pencapaian sasaran TL," katanya.
Hamzah berkata SEDA turut menyediakan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu (MyRER) yang dilancarkan oleh kerajaan pada 2021.
Skop MyRER merangkumi tiga tindakan iaitu menilai garis dasar kapasiti terpasang dan potensi sumber TBB, membangunkan rencana dan sasaran teknologi khusus TBB serta membangunkan satu pelan strategik.
"MyRER merupakan rujukan utama kami dari segi sasaran dan pelan tindakan utama sehingga tahun 2035 iaitu mencapai 31 peratus menjelang 2025 dan 40 peratus menjelang 2035 daripada sumber TBB (termasuk hidrokuasa besar) dalam pembekalan elektrik negara.
"MyRER mampu menyumbang secara berkesan kepada pembangunan sosio-ekonomi dan dijangka dapat menyumbang kepada penawaran pekerjaan hijau serta pelaburan swasta. Kerajaan menyasarkan sebanyak 44,068 peluang pekerjaan dan membawa masuk pelaburan kumulatif sebanyak RM31.88 bilion menjelang 2035," katanya.
Antara program utama yang dilaksanakan oleh SEDA adalah Tarif Galakan (FiT), Pemeteran Tenaga Bersih (NEM), Kemampanan Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga (SAVE), Program Geran Audit TenagaBersyarat (EACG) dan kursus latihan yang merangkumi kedua-dua sektor TBB dan KT.
"Bagi menggalakkan penggunaan TBB, mekanisme FiT dilaksanakan di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Pemegang kelulusan galakan FiT boleh menjual tenaga elektrik yang dihasilkan oleh mereka kepada syarikat utiliti dengan kadar tarif yang ditetapkan.
"Program SAVE adalah program khas untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan dan kecekapan tenaga melalui pemberian rebat untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang.
"Manakala program NEM, pengguna yang memasang sistem solar PV akan dapat menikmati penjimatan bil elektrik bulanannya. Sekiranya terdapat lebihan penjanaan tenaga elektrik pada bulan tersebut, ia akan dieksport ke grid dan seterusnya diimbangi ke dalam bil elektrik," katanya.
Mengakhiri temu bual, Hamzah berkata tanggungjawab yang digalas oleh SEDA Malaysia untuk menjayakan pelbagai agenda TL negara merupakan satu amanah yang amat besar dan penting serta beliau berharap SEDA akan terus kekal relevan sebagai agensi peneraju dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan lestari. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

Hamzah berkata SEDA turut menyediakan MyRER yang dilancarkan oleh kerajaan pada 2021. - Gambar fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

SEDA YEEPE Studio dilancar di Petrosains, pendekatan interaktif fahami Tenaga Lestari
Pendekatan interaktif dan menyeluruh dalam memastikan mesej tentang Tenaga Lestari disampaikan dengan lebih berkesan kepada kelompok masyarakat yang lebih luas.

Pemerkasaan generasi akan datang penting bagi pertumbuhan ekonomi - Tengku Mahkota Pahang
Usaha memperkasakan generasi akan datang merupakan langkah penting untuk mengekalkan momentum ekonomi Malaysia, titah Putera Mahkota Pahang hari ini.

PETRA terus rangka, perkenal insentif tenaga boleh baharu - Fadillah
Tanggungjawab ini akan memperkuat iltizam kementerian untuk terus merancang dan memperkenalkan program serta insentif berkaitan tenaga boleh baharu.

SEDA Malaysia perlu fokus kepada pelaksanaan kerja berkualiti untuk rakyat - Fadillah
Fadillah mahu warga Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia terus fokus kepada pelaksanaan kerja yang cekap dan berkualiti.

SEDA perkukuh sektor tenaga lestari, pacu ekonomi negara
SEDA turut menyediakan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu (MyRER) yang dilancarkan oleh kerajaan pada 2021.

SEDA Malaysia bantu pacu ke arah tenaga boleh baharu
Agenda peralihan tenaga adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 7 yang memastikan akses kepada tenaga yang mampu dimiliki, mampan dan moden untuk semua.

Penjimatan elektrik: Berhemah, guna alat cekap tenaga - Pakar
Masyarakat perlu berhemah dalam menggunakan elektrik dengan sentiasa memantau penggunaan tenaga di rumah.

Lukanisman Awang Sauni dilantik pengerusi baharu SEDA
Pengalaman Lukanisman yang luas diharap dapat membawa agenda SEDA ke tahap lebih tinggi.