KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) berhasrat untuk menghasilkan bio arang batu sebagai satu lagi sumber tenaga hijau bagi menjana loji janakuasa di negeri ini.
Pengerusi SEDC Tan Sri Abdul Aziz Husain berkata kajian sedang dijalankan mengenai kemungkinan menghasilkan bio arang batu yang boleh menjadi salah satu daripada pelaburan jangka panjang mereka.
"Bio arang batu sebenarnya dihasilkan menggunakan pelet kayu bersama sisa bio terutamanya daripada alga yang boleh dicampur bersama dan boleh dipakai untuk menjana loji kuasa. Ini sesuatu yang masih kami kaji," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bazaar Ramadan SEDC di sini hari ini.
Katanya lagi, SEDC telah menjalinkan beberapa usaha sama dengan syarikat tempatan dan luar negara yang berminat untuk membangunkan fasiliti bagi pengeluaran sumber tenaga baharu di Sarawak, khususnya hidrogen dan bahan api penerbangan mampan (SAF).
"(Kami) juga bekerjasama dengan agensi penyelidikan lain di seluruh dunia. Maksud saya, kami mempunyai syarikat yang datang jauh seperti Kanada dan kami, sudah tentu, mengalu-alukan orang yang ingin bekerjasama dalam usaha ini," katanya.
Salah satu usaha sama SEDC ialah dengan Gallois New Energy Materials (M) Sdn Bhd yang mahu membina sebuah kilang pembuatan grafit bermutu tinggi di Bintulu, yang mana Abdul Aziz berkata syarikat rakan kongsinya, Gallois sedang melakukan kerja-kerja awal.
"Kami (SEDC) sebagai syarikat pelaburan sedang melabur dalam projek utama tetapi kami berharap dapat menggunakan produk itu yang kemudiannya untuk produk hiliran lain, terutamanya dalam pembuatan elektroliser (bagi menghasilkan hidrogen)," katanya.
SEDC, melalui anak syarikatnya SEDC Energy, turut bekerjasama dengan subsidiari Petronas, Petronas Technology Ventures Sdn Bhd untuk mengeluarkan elektrolisis.
Selain beberapa usaha sama lain, penekanan SEDC adalah untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan kos pengeluaran hidrogen, yang kini masih lagi mahal.
"Kami sedang melihat untuk memastikan bahawa kos hidrogen sebenarnya dapat dikurangkan supaya ia lebih tersedia dan orang yang memiliki kenderaan elektrik atau memiliki kereta hidrogen atau sel bahan api akan mendapat manfaat. Kos bahan api (hidrogen) akan lebih rendah daripada kos bahan api fosil," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
![SEDC mahu guna bio arang batu sebagai satu lagi sumber tenaga hijau Sarawak SEDC mahu guna bio arang batu sebagai satu lagi sumber tenaga hijau Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710253815_AzizDatukHusain.jpg)
Abdul Aziz memalu gong khas pada pelancaran Bazaar Ramadan SEDC di Kuching pada Selasa. - Gambar Bernama
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
![Sarawak rancang tubuh entiti disatukan urus aset, pelaburan negeri - Abang Johari Sarawak rancang tubuh entiti disatukan urus aset, pelaburan negeri - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727965291_AbangJohari.jpg)
Sarawak rancang tubuh entiti disatukan urus aset, pelaburan negeri - Abang Johari
Sarawak pertimbang penubuhan sebuah entiti disatukan untuk pengurusan aset dan pelaburan bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri dalam jangka panjang.
![Tiga syarikat bekerjasama bangunkan projek pertanian lestari di Sarawak - SEDC Tiga syarikat bekerjasama bangunkan projek pertanian lestari di Sarawak - SEDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727064619_SEDCSarawak.jpg)
Tiga syarikat bekerjasama bangunkan projek pertanian lestari di Sarawak - SEDC
SEDC Nutreco Sdn Bhd, Entomal Borneo Sdn Bhd dan Natpro Biotech Sdn Bhd mengumumkan usaha sama untuk membangunkan projek inovatif pertanian dan akuakultur lestari, Black Soldier Fly (BSF).
![Lapangan terbang, pelabuhan baharu tingkatkan ekonomi jangka panjang Sarawak Lapangan terbang, pelabuhan baharu tingkatkan ekonomi jangka panjang Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717772958_AbangJohariTunOpe.jpg)
Lapangan terbang, pelabuhan baharu tingkatkan ekonomi jangka panjang Sarawak
Perancangan Sarawak untuk membina lapangan terbang antarabangsa serta pelabuhan baharu di bandar ini merupakan dua projek mega negeri yang bakal merancakkan ekonominya untuk jangka masa panjang.
![SEDC mahu guna bio arang batu sebagai satu lagi sumber tenaga hijau Sarawak SEDC mahu guna bio arang batu sebagai satu lagi sumber tenaga hijau Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710253815_AzizDatukHusain.jpg)
SEDC mahu guna bio arang batu sebagai satu lagi sumber tenaga hijau Sarawak
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) berhasrat untuk menghasilkan bio arang batu sebagai satu lagi sumber tenaga hijau bagi menjana loji janakuasa di negeri ini.
![Projek Fasa 1 ART Laluan Biru dari Kota Samarahan kini bermula Projek Fasa 1 ART Laluan Biru dari Kota Samarahan kini bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669804050_TBSARAWAKMETRO.jpg)
Projek Fasa 1 ART Laluan Biru dari Kota Samarahan kini bermula
Kontrak bernilai RM64.3 juta itu melibatkan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja lanjutan Depo Rembus untuk Laluan Biru di bawah fasa pertama projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).
![Sarawak komited jadi pengeluar utama tenaga hidrogen menjelang 2027 Sarawak komited jadi pengeluar utama tenaga hidrogen menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662546697_TBSABAHMOU.jpg)
Sarawak komited jadi pengeluar utama tenaga hidrogen menjelang 2027
Sarawak terus komited dalam usahanya menjadi pengeluar hidrogen secara komersial menjelang 2027.
![SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51656952329_TBabangjohari.jpg)
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
![Semenanjung Damai bakal jadi tarikan utama pelancong ke Sarawak Semenanjung Damai bakal jadi tarikan utama pelancong ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634963254_PerbadananKemajuan.jpg)
Semenanjung Damai bakal jadi tarikan utama pelancong ke Sarawak
Kajian ini dijangka mengambil masa setahun dan kita akan sediakan laporan itu pada awal 2022.
![Sarawak: Program Jum Regista Bisnes bantu usahawan luar bandar daftar perniagaan Sarawak: Program Jum Regista Bisnes bantu usahawan luar bandar daftar perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599036932_awang.jpg)
Sarawak: Program Jum Regista Bisnes bantu usahawan luar bandar daftar perniagaan
Kerajaan negeri Sarawak menganjurkan program Jum Regista Bisnes sebagai usaha menggalakkan usahawan di luar bandar mendaftarkan perniagaan.
![Sarawak tawar enam program bantuan usahawan Sarawak tawar enam program bantuan usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81593602631_narodenmajais.jpg)
Sarawak tawar enam program bantuan usahawan
Enam program bantuan untuk golongan usahawan yang berhasrat memulakan perniagaan ditawarkan di negeri Sarawak.