KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung rizab negatif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sekiranya dipanggil.
Beliau berkata Laporan Ketua Audit Negara 2022 yang membangkitkan mengenai perkara itu hanya merujuk kepada satu tabung sebaliknya LTAT mempunyai tiga tabung rizab yang berada dalam kedudukan positif pada tahun berkenaan.
"Ada tiga tabung tetapi pihak audit merujuk kepada satu tabung...secara gabungan (tiga tabung) menunjukkan positif dan tahun ini juga positif. Bagi tahun 2023 juga positif kerana lebih kurang RM900 juta rizab LTAT, " katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.
Dalam laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat Rabu lepas menunjukkan rizab LTAT merekodkan baki negatif bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2020 iaitu RM0.376 bilion, RM0.285 bilion (2021) dan RM0.338 bilion (2022).
Sementara itu, Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebelum ini dilaporkan berkata akan memanggil LTAT untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan kewangan lembaga itu selepas sambutan Aidifitri.
Dalam perkembangan lain, tujuh pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dihantar sejak November lepas ke Korea Selatan bagi memantau perolehan pesawat pejuang ringan FA-50M.
Mohamed Khaled berkata latihan untuk juruterbang bagi mengendalikan pesawat tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat dan pesawat dijangka diperoleh pada hujung 2026 atau awal 2027.
"Mereka yang dihantar adalah juruterbang, jurutera dan logistik dan ini adalah proses biasa untuk kami hantar pasukan ke luar negara bagi menentukan pesawat yang dibeli dilaksanakan atau dipersiapkan dengan betul mengikut piawaian dan tempoh (yang sepatutnya)," katanya.
Pada pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) Mei tahun lepas, Kementerian Pertahanan dan syarikat aeroangkasa utama Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) menandatangani kontrak RM4 bilion untuk pemerolehan18 pesawat pejuang ringan FA-50M.
Pesawat pejuang ringan FA-50M yang bakal diperoleh TUDM merupakan varian FA-50 Block 20 yang paling moden dan berkeupayaan, berbanding varian yang diperoleh negara lain termasuk Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Tenggara.
Pesawat pejuang ringan FA-50/T-50 buatan Korea Selatan itu, turut digunakan oleh tentera udara Thailand, Indonesia dan Filipina di Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024

Khaled berkata Laporan Ketua Audit Negara 2022 yang membangkitkan mengenai perkara itu hanya merujuk kepada satu tabung sebaliknya LTAT mempunyai tiga tabung rizab yang berada dalam kedudukan positif pada tahun berkenaan. - Gambar fail/Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.
![[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM [KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732850991_KhaledNordinFahmi.jpg)
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
![[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera [KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732438705_pencariantanahruntuh.jpg)
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mindef pantau secara harian situasi anggota MALBATT di Lubnan - Adly
Kementerian Pertahanan (Mindef) sentiasa memantau situasi terkini melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas melaksanakan misi pengaman MALBATT di Lubnan.

Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.

MINDEF beri masa hingga Oktober ini untuk kontraktor hantar helikopter Black Hawk
Mohamed Khaled berkata sekiranya pihak berkenaan gagal menepati masa yang diberikan, kementerian akan membatalkan kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter itu.

Mindef tidak lantik NGO kutip dana bantu rakyat Palestin - Menteri
Kementerian Pertahanan tidak melantik mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengutip dana bagi membantu membiayai kos rawatan rakyat Palestin yang sedang dirawat di dalam negara ketika ini.

Mindef siasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China di perairan Beting Patinggi Ali
Mindef akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.