DOKTOR selebriti, Dr. Say tidak dapat menggambarkan perasaannya selepas doktor mengesahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace, 2, menghidap autisme tahap sederhana.
Dr Say memberitahu, pada mulanya dia seperti tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana ia amat menyedihkannya.
“Dr Cindy cekap, tak perlu masa yg lama untuk dia come to a final diagnosis yang Ace moderate autism. Terduduk saya dibuat perkataan “moderate” tu. Saya menjangkakan yang Ace hanyalah mild autism sebab bagi saya tak berapa kuat ciri-ciri autisticnya. Dunia saya jadi blank. Saya tak boleh terima.
“On the way back saya terdiam because it’s too much for me to grasp. Soalan yang sama keep on berulang dalam kepala saya “Kenapa kena dekat Ace? Dia bijak, ceria & comel. Kenapa dia?”.
“Menangis saya sepanjang perjalanan pulang sebab autism ni bukan macam penyakit yang makan ubat boleh sembuh but it’s a condition yang akan stay with him lifelong. Tulis ni pun buat saya berlinang air mata,” kata pengacara Tanya Doktor itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Kata Dr. Say, perkongsian itu dibuat supaya memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana tentang perkembangan anak-anak
“Mak dan bini saya larang saya cerita benda ni tapi I think it’s necessary so that parents out there ambil peka dengan perihal akan perkembangan anak-anak.
“Jangan jadi alpa seperti saya “takpe bagi masa dulu” atau “biasalah anak lelaki cakap lambat,” pesannya.
Pun begitu, Dr. Say memberitahu, dia kini sudah mula sedikit demi sedikit menerima kenyataan tersebut dan cuba membantu sehabis baik buat anaknya.
“Slowly I am accepting the fact that my son is gifted. Sedih, menangis, menyesal tak berguna sebab it won’t change the fact that my son is autistic.
“Apa yang kami perlu lakukan sekarang is help him through intervention. I am lucky and blessed bini peka dengan kelainan Ace awal-awal dulu dan mujur kami dah start terapi awal-awal dulu or else mungkin lain diagnosis Dr Cindy terhadap Ace.
“Insya-Allah November kami akan start terapi Ace sekali lagi. Kalau dulu 2 kali seminggu terapinya, kali ni kami tingkatkan kepada 3 kali seminggu. Gonna give my best to my son. Daddy is going to stay with u till my last breath,” luahnya.
Isteri Dr Say, Dr. Azura baru sahaja melahirkan putera keduanya melalui proses pembedahan pada 18 Ogos lalu.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini.
Gempak
Sat Oct 30 2021

Dr Say tidak dapat gambarkan perasaannya sebaik doktor mengesahkan anak sulungnya menghidap autism tahap sederhana. -Foto Astro GEMPAK
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut
"Saya layan seperti manusia, tapi layanan binatang mereka beri..."

'Sedih, menangis, menyesal tak berguna' - Dr Say terima hakikat anak autistik
Dr Say tidak dapat gambarkan perasaannya sebaik doktor mengesahkan anak sulungnya menghidap autism tahap sederhana.

'Berjerawat, kulit gelap, hidung kembang' - Dr Say dedah wajahnya ketika sekolah
Pengacara The Doctors, Dr. Say Shazril mendedahkan rupanya serta kulitnya agak teruk ketika dia di bangku sekolah.