JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) Johor berharap polis akan segera membawa dalang rusuhan di Batu Pahat ke muka pengadilan.
Setiausaha PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut dan berharap siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti jika benar wujud dalang tersebut.
"Tindakan polis menahan 20 individu terbabit sebelum ini bertujuan mengambil keterangan dan membantu siasatan. Berilah ruang sepenuhnya kepada pihak polis menyiasat.
"Amat malang sekali apabila kudrat dan semangat kumpulan anak muda ini dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk melakukan perbuatan yang melanggar batas perundangan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan 20 individu pada Jumaat kerana terlibat dalam insiden merusuh, membakar suar dan menaikkan kain rentang 'Kerajaan Gagal' di Parit Raja, Batu Pahat pada Khamis.
Kesemua individu berusia antara 16 hingga 28 tahun itu merupakan penduduk setempat dan insiden itu tular di media sosial.
Dr Sahruddin kesal kerana insiden itu berlaku ketika negara baru sahaja menyambut Hari Belia Negara 2021.
Katanya, kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan belia dalam segala aspek termasuk ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.
Jelasnya, kerajaan sama sekali tidak pernah menghalang atau menyekat kebebasan bersuara rakyat termasuk anak muda tetapi tidak perlu menimbulkan provokasi melampau dan mengganggu ketenteraman awam.
"Manfaatkan kebijakan yang dimiliki untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam merencanakan pelbagai perancangan dan tindakan yang dapat menyelesaikan isu melibatkan masyarakat di lapangan.
"Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa komited bagi memastikan setiap agenda dan dasar memberi penumpuan terhadap pemulihan ekonomi negara dan kemaslahatan rakyat," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Segera bawa dalang rusuhan di Parit Raja: PN Johor
Sinar Harian
Mon May 17 2021

Perikatan Nasional Johor berharap polis akan segera membawa dalang rusuhan di Batu Pahat ke muka pengadilan. -Gambar fail
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Asrama pusat tahfiz di Batu Pahat terbakar
Tiada mangsa terlibat dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.18 pagi.

APMM gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM640,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 20 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM640,000 di perairan Parit Raja malam tadi.

Lima ditahan tunggang motosikal secara berbahaya
Kesemua suspek warga tempatan berusia 17 hingga 39 tahun itu ditahan dalam operasi khas dijalankan antara 11 malam hingga 4 pagi.

RMK-12: Segera perluas jaringan internet kawasan pedalaman
Kerajaan disaran menyegerakan usaha menerusi RMK-12 memperluaskan liputan jaringan internet di seluruh negara bagi meringankan beban pelajar yang masih dalam proses pembelajaran PdPR.

Bakar suar: Lima lelaki dihadapkan ke mahkamah langgar SOP
Pada 14 Mei lalu, polis tahan 20 individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh, pembakaran suar dan menaikkan kain rentang di Parit Raja.

Tiga pelajar, dua penganggur didakwa berhimpun tanpa memakai pelitup muka
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di persimpangan lampu isyarat Parit Raja, dekat Batu Pahat, pada 2 pagi, 13 Mei lepas.

7 lagi individu ditahan merusuh bakar suar, kain rentang berunsur provokasi
Polis Johor berjaya menahan tujuh individu lagi yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian di Parit Raja di sini pada Khamis lalu.

Segera bawa dalang rusuhan di Parit Raja - PN Johor
Segera bawa dalang rusuhan di Parit Raja: PN Johor

Insiden rusuhan di Parit Raja: Reman tujuh lelaki disambung
Insiden rusuhan di Parit Raja: Reman tujuh lelaki disambung

4 kedai sederet di Parit Raja terbakar
Kebakaran itu membabitkan dua premis kedai menjual aksesori telefon, satu premis kedai makan dan satu premis kedai kasut.