KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu segera memperkenalkan perlindungan keselamatan sosial Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) akibat kemalangan.
Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani, SKBBK perlu dilaksanakan 24 jam sehari tanpa terikat kepada aktiviti pekerjaan dan penggajian pekerja.
Mohd Effendy menjelaskan golongan pekerja di negara ini telah lama menantikan pelaksanaan SKBBK kerana ia memberikan perlindungan komprehensif.
SKBBK juga jelas beliau menyediakan pelbagai faedah antaranya perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal dan kemudahan pemulihan fizikal dan vokasional.
"MTUC amat cakna akan nasib pekerja yang membuat tuntutan faedah Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) kerap ditolak atas sebab kemalangan dialami tidak berkaitan dengan pekerjaan dan tidak diliputi di bawah akta.
"Berdasarkan statistik Perkeso lebih daripada 26,000 kes tuntutan permohonan faedah Akta 4 telah ditolak Perkeso sejak tahun 2011 disebabkan kemalangan yang bukan bencana kerja ini.
"Kebarangkalian angka ini lebih besar jumlahnya kerana pekerja tidak mengemukakan tuntutan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mohd Effendy memaklumkan SKBBK merupakan penambahbaikan kepada skim sedia ada dan dapat merapatkan jurang perlindungan keselamatan sosial pekerja di negara ini.
Jelas beliau, perlindungan SKBBK telahpun wujud di negara-negara maju seperti New Zealand, Amerika Syarikat, dan Kanada.
Astro Awani
Sun Apr 09 2023
![Segera laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja - MTUC Segera laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681023857_TBMOTOR.jpg)
SKBBK perlu dilaksanakan 24 jam sehari tanpa terikat kepada aktiviti pekerjaan dan penggajian pekerja. - Gambar hiasan/ Mimos
SPRM masih siasat kes ahli politik dan safe house RM5 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes melibatkan seorang ahli politik terkemuka yang dikaitkan dengan sebuah "safe house", di mana sejumlah RM5 juta disimpan.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
![ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739938848_TBJDT.jpg)
ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.
AWANI Ringkas: Birokrasi agihan bantuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Khaled nafi dakwaan naib canselor UPNM 'tempat buangan'
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menafikan dakwaan bahawa jawatan naib canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) digunakan sebagai "tempat pembuangan" bagi jeneral tiga bintang dalam angkatan tentera.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan pegawai tentera dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme dan keperluan organisasi secara strategik.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan pegawai tentera dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme dan keperluan organisasi secara strategik.
Sidang parlimen: SDG 12 perlu diteliti oleh pihak berkepentingan
Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, ini untuk memastikan pelaksanaan pusat kitar semula yang tidak terlalu mahal disamping menambah baik ekonomi setempat.
Sidang parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2%
12 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menunjukkan trend positif dengan pencapaian yang lebih baik adalah SDG 1, tiada kemiskinan.
![Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739937540_TBkebakaran.jpg)
Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta.
[TERKINI] 3 mangsa maut di konsert pinkfish akibat dadah stimulan
Polis mengesahkan bahawa tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia ketika menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lalu disebabkan pengambilan dadah stimulan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
![Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
![Presiden MTUC dilucutkan jawatan, dilarang bertanding dua penggal Presiden MTUC dilucutkan jawatan, dilarang bertanding dua penggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719610546_MohdEffendyAbdulG.jpg)
Presiden MTUC dilucutkan jawatan, dilarang bertanding dua penggal
Mohd Effendy turut dilarang bertanding pada pemilihan pegawai MTUC bagi tempoh dua penggal iaitu selama enam tahun.
![HRD Corp: MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang telus, bersih HRD Corp: MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang telus, bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714531100_MohdEffendyAbdulG.jpg)
HRD Corp: MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang telus, bersih
MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang yang dikendalikan HRD Corp telus dan bebas daripada unsur-unsur salah guna kuasa.
![Ratifikasi Konvensyen C155 tingkat keselamatan, kesihatan pekerja Ratifikasi Konvensyen C155 tingkat keselamatan, kesihatan pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718761480_TBMTUC.jpg)
Ratifikasi Konvensyen C155 tingkat keselamatan, kesihatan pekerja
Tindakan kerajaan meratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) akan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.
![Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714531100_MohdEffendyAbdulG.jpg)
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
![MTUC dakwa 900 pekerja MYAirline 'digantung tidak bertali' MTUC dakwa 900 pekerja MYAirline 'digantung tidak bertali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698738967_MTUC.jpg)
MTUC dakwa 900 pekerja MYAirline 'digantung tidak bertali'
MTUC mendakwa tindakan MYAirline mengeluarkan notis pemberhentian sementara operasi secara tiba-tiba sebagai tidak profesional.
![PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691456552_UNDIAWAL.jpg)
PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini
MTUC mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas.
![Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682310017_MTUC.jpg)
Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC
Cadangan untuk memperkenalkan gaji progresif diharap mampu untuk direalisasikan dan bukan hanya sekadar mainan politik.
![Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja - MUTC Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja - MUTC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/61576853656_TBMTUCLogo.jpg)
Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja - MUTC
Lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.
![Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662613177_MONEYCHANGE.jpg)
Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
![Kerajaan perlu segera ratifikasikan konvensyen ILO berkaitan hak pekerja berpesatuan - MTUC Kerajaan perlu segera ratifikasikan konvensyen ILO berkaitan hak pekerja berpesatuan - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682310017_MTUC.jpg)
Kerajaan perlu segera ratifikasikan konvensyen ILO berkaitan hak pekerja berpesatuan - MTUC
Ia bagi memastikan pekerja dapat gaji yang bermaruah, kerja yang baik dan faedah yang layak menerusi rundingan dan perjanjian bersama.