BAGAN DATUK: Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata negara ini sangat terikat kepada dasar kerajaan iaitu tiada hubungan diplomatik dengan Israel, selain tiada sebarang perjanjian perdagangan dengan kerajaan Zionis itu.
Beliau berkata jika ada barangan Israel di mana-mana pelabuhan di Malaysia dengan menggunakan pihak ketiga, maka perkara itu harus dipantau pihak berkuasa.
"Saya fikir pihak lembaga pelabuhan dan pihak kastam harus bertindak dengan segera kerana kita tahu apa yang berlaku ini bukan hanya soal perdagangan tetapi soal bagaimana peraturan-peraturan yang begitu ketat telah terbolos dengan adanya barangan itu (kontena) untuk memasuki salah sebuah pelabuhan kita.
"Siasatan jika betul atau tidak mesti disegerakan," katanya pada sidang media selepas melancarkan pengoperasian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di Hutan Melintang, dekat sini hari ini.
Semalam media melaporkan kewujudan kontena itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk sekitar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad dilaporkan berkata beliau terkejut apabila menerima aduan penduduk prihatin yang mendakwa pelabuhan berkenaan masih menerima masuk kontena yang dibawa dari Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Ahmad Zahid berkata negara ini sangat terikat kepada dasar kerajaan iaitu tiada hubungan diplomatik dengan Israel, selain tiada sebarang perjanjian perdagangan dengan kerajaan Zionis itu. - Gambar fail/Bernama

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.
Ibu bapa Eda Ezrin harap dapat sambut aidilfitri dengan anak, menantu
Ibu bapa kepada penyanyi Bae Soba Bae, Eda Ezrin berharap dapat merayakan Aidilfitri thaun ini bersama anak dan menantunya susulan keputusan Mahkamah Narathiwat yang membebaskan mereka daripada tuduhan miliki pil kuda.
Eda Ezrin, suami dan empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda
Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan penyanyi lagu Bae Soba Bae, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail serta lima yang lain daripada tuduhan memiliki 6,059 pil kuda pada November tahun lepas.
34 kawasan di Melaka dilanda banjir
Hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi Khamis mengakibatkan sekurang-kurangnya 34 kawasan di Melaka dinaiki air.
Tukang cuci dipenjara 11 bulan, denda RM2,000 pecah masuk pejabat ADUN
Seorang tukang cuci dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,259 di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, pada Disember tahun lalu.

Beego tidak setuju cerai, Linda Hashim akan berjuang lepaskan diri
Kes permohonan cerai pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim akan diteruskan dengan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 23 April depan.

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.

BNM kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank pusat itu berkata ekonomi global tahun ini diunjur akan dikekalkan oleh keadaan pasaran buruh yang positif, inflasi sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Unit Integriti UA, IPT akan diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti - Zambry
Zambry berkata langkah itu diambil, bagi memastikan ketelusan tadbir, pelaksanaan tugas dan pemantauan integriti dilaksana sebaiknya.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.