KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (SMK CBN) yang telah memperoleh lanjutan tempoh pegangan pajakan tanah untuk 60 tahun lagi sewajarnya segera diangkat sebagai tapak warisan negara.
Menyuarakan pandangan itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata adalah penting sekolah bersejarah itu diwartakan bagi memulihara, memelihara dan melindungi warisan khazanah yang amat bernilai.
"Perjuangan kerajaan wajar dipuji kerana mengambil inisiatif mengemukakan sekolah berkenaan sebagai Tapak Warisan Negara... usaha itu sepatutnya mendapat sambutan serta sokongan padu dari semua pihak.
"Apa-apa pun sekiranya terdapat bantahan daripada pihak tertentu, rundingan dan persefahaman bersama akan dapat diatasi dan dimanfatkan untuk keharmonian bersama," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata Jabatan Warisan Negara telah berusaha untuk mewartakan sekolah tersebut sebagai tapak warisan sejak 2008 tetapi tidak dapat diteruskan berikutan mendapat bantahan oleh pemegang amanah sekolah berkenaan.
Mohamad Ali berkata sekiranya sekolah itu diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), ia boleh dijadikan sekolah contoh untuk mengenal pasti bangunan institusi yang lain sebagai warisan negara yang seterusnya.
Beliau berkata sebagai contoh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Perak, Maktab Perguruan Perempuan Melaka, Penang Free School, Maktab Sultan Abu Bakar (Johor Bahru), SMK King George V (Seremban) dan yang lain-lain jika belum diiktiraf sebagai tapak warisan.
"Pewartaan SMK CBN adalah penting sebagai kepentingan sejarah dan iktibar pendidikan negara tersohor serta memandangkan belum ada premis warisan pendidikan yang wujud di tengah-tengah bandar raya negara sebagai tapak warisan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata SMK CBN yang unik, bersejarah dan telah melahirkan ramai pemimpin, pentadbir serta pejuang tersohor itu sewajarnya diberi pelanjutan pajakan tanah sehingga 99 tahun.
Katanya, ini kerana sekolah itu sendiri telah wujud dan berdiri di tengah-tengah bandar raya lebih seabad, serta melalui sejarah yang menarik, mencabar dan banyak iktibar dapat dipelajari, selain sebagai pusat pendidikan terkemuka di Malaysia dan dunia.
"Bagaimanapun, tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana membuat keputusan melanjutkan tempoh pajakan tersebut... walaupun diharapkan tempoh tersebut sepatutnya lebih lama lagi, namun buat masa ini semua pihak rasanya berasa lega dan boleh bernafas untuk perancangan lebih jitu lagi," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam memuji langkah kerajaan memanjangkan tempoh pajakan tanah serta menolak pandangan sempt dan parokial segelintir pihak.
Navaratnam berkata CBN telah memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan secara menyeluruh khususnya dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kepada rakyat Malaysia.
Sekolah mubaligh seperti CBN juga terkenal dengan pembentukan sahsiah dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar mereka, katanya.
Beliau yang juga bekas pelajar Victoria Institution Old Boy berkata terdapat nilai keterikatan mendalam antara sekolahnya dan CBN yang dianggap sebagai sekolah 'kakak' kerana kedua-dua sekolah berkenaan sudah berada sekian lama dalam sejarah pendidikan Malaysia.
"Sekolah ini terkenal dengan keupayaan menghasilkan banyak individu cemerlang dan juga mewakili legasi, sejarah dan warisan yang perlu kita hargai," katanya.
Presiden Badan Warisan Malaysia (BWM) Lim Wei Ling yang gembira dengan berita perlanjutan tempoh pajakan itu bagaimanapun berkata pihaknya prihatin mengenai usaha memelihara sekolah itu sebagai bangunan warisan.
"Kami gembira kerana kerajaan bertindak pantas tapi jika kita melihat kepada suara daripada orang ramai, kebanyakan mereka prihatin mengenai usaha untuk memelihara bangunan sebagai warisan untuk generasi akan datang," katanya.
Lim berkata adalah penting untuk Malaysia memelihara bangunan warisannya ketika negara kini mengalami perkembangan pesat dan lebih banyak usaha harus dilakukan untuk memelihara apa-apa yang ditinggalkan daripada seni bina bersejarah negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 25 2021

Adalah penting untuk Malaysia memelihara bangunan warisannya ketika negara kini mengalami perkembangan pesat. - Foto BERNAMA

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.
Putin tegas rundingan damai perlu jamin keselamatan Rusia
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menegaskan bahawa sebarang perjanjian damai dengan Ukraine mesti menjamin keselamatan jangka panjang Rusia dan menolak sebarang penarikan semula dari wilayah yang telah dikuasai dalam konflik ini.
Zelenskiy seru gencatan senjata udara dan laut
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menggesa pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk menyokong cadangan gencatan senjata antara pasukan Rusia dan Ukraine di udara serta di laut.
Konvensyen dibatalkan: Switzerland batal persidangan Geneva berkait wilayah Palestin
Switzerland telah membatalkan persidangan mengenai pelaksanaan Konvensyen Geneva ke atas wilayah Palestin yang dijajah akibat kekurangan penyertaan, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar negara itu pada Khamis.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Segera wartakan SMK Convent Bukit Nanas sebagai tapak warisan negara
Adalah penting sekolah bersejarah itu diwartakan bagi memulihara, memelihara dan melindungi warisan khazanah yang amat bernilai.

Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri
Jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada Mei 2008.

Isu pajakan tanah: Alumni tuntut bangunan CBN dikekalkan
Keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) diibaratkan umpama membuang kepentingan simbol sekolah tertua negara itu.

Petisyen selamatkan SMK Convent Bukit Nanas
Semalam berlangsung permohonan semakan kehakiman CBN untuk mencabar keputusan kerajaan itu yang didengar oleh Mahkamah Tinggi.