KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang dari Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah hari ini mempersoalkan sejak bila 'bah kut teh' tersenarai dalam kategori makanan tradisi Malaysia.
Perkara itu dibangkitkan susulan soalan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai usaha kementerian itu untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh, dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan.
Mempersoalkan perkara itu, Mohd Suhaimi daripada Perikatan Nasional (PN) berkata, berdasarkan semakan 10 makanan tradisional Malaysia, bah kut teh tidak pun tersenarai dalam kategori tersebut.
"30 makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia, tidak ada bah kut teh. Soalan saya, sejak bila bak kut teh dimasukkan dalam makanan ini, dan adakah menteri bersetuju nak masukkan seperti mana permohonan oleh YB Tebrau itu?," soalnya ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan carian di Google, bak kut teh merujuk kepada sejenis hidangan sup berserta daging rusuk (terutamanya babi) yang dimasak dalam herba tradisi Cina dan dilaporkan berasal dari Klang.
Sebelum itu, Puah ketika bangkit mengajukan soalan tambahan menjelaskan beliau mengajukan soalan tersebut selepas menonton sebuah dokumentari yang disiarkan stesen televisyen negara jiran, yang seolah-olah mempertikaikan asal usul sajian bak kut teh adalah dari negara jiran, dan bukan Klang.
Justeru, beliau meminta pandangan sama ada kerajaan akan mengubah persepsi tersebut, dan mencadangkan agar Institusi Makanan Kebangsaan ditubuhkan bagi memperkasakan makanan tradisi.
Sementara itu, menjawab soalan Mohd Suhaimi, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, untuk memasukkan sesuatu jenis makanan dalam kategori tradisi, ia perlulah boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia.
"Saya sedikit sebanyak bersetuju dengan pandangan Langkawi, kerana ia memerlukan satu prospek makanan yang boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia.
"Kalau bak kut teh itu menyediakan bak kut teh ayam, boleh lah (dipertimbangkan sebagai makanan tradisi) YB Langkawi.
"Tetapi bak kut teh yang dibangkit oleh YB Tebrau, dia tak bagi secara spesifik bak kut teh jenis apa, dan saya pun tak boleh jawab spesifik. Tetapi pokoknya di sini, untuk kita masukkan dalam makanan warisan, ianya harus dimakan dan dirasai oleh kaum di negara kita," jelas beliau.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 07 2023
![Sejak bila 'bak kut teh' jadi makanan tradisi Malaysia, soal MP Langkawi Sejak bila 'bak kut teh' jadi makanan tradisi Malaysia, soal MP Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686115419_TBMohdSuhaimiAbdu.jpg)
Mohd Suhaimi berkata, berdasarkan semakan 10 makanan tradisional Malaysia, bah kut teh tidak pun tersenarai dalam kategori tersebut. - Foto tangkap layar video RTM
![China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739023938_ChinaPanamaFlag.jpg)
China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar
China tegas menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menggugat hubungannya dengan Panama melalui tekanan dan ancaman.
![FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725273822_SohThianLai.jpg)
FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
![TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729680466_TBRamanan.jpg)
TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.
![TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009509_MohdAsgharKhan.jpg)
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
![Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739015792_NaibPresidenTMu.jpg)
Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.
![Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739020959_950x600.jpg)
Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![[KOLUMNIS] Kontrak sosial: Antara polemik dan tanggungjawab [KOLUMNIS] Kontrak sosial: Antara polemik dan tanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680513107_TBorangramai.jpg)
[KOLUMNIS] Kontrak sosial: Antara polemik dan tanggungjawab
Tanggungjawab dalam menjayakan agenda kontrak sosial perlu dipenuhi oleh semua warganegara Malaysia.
![Pengiktirafan bak kut teh hidangan warisan tiada kaitan isu agama, bangsa - King Sing Pengiktirafan bak kut teh hidangan warisan tiada kaitan isu agama, bangsa - King Sing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313006_TBTiongKingSing.jpg)
Pengiktirafan bak kut teh hidangan warisan tiada kaitan isu agama, bangsa - King Sing
King Sing berkata, pengiktirafan berkenaan dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
![UMNO Putrajaya bantah 'bak kut teh' disenarai makanan warisan negara UMNO Putrajaya bantah 'bak kut teh' disenarai makanan warisan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710060986_tbTengkuMuhammedHa.jpg)
UMNO Putrajaya bantah 'bak kut teh' disenarai makanan warisan negara
UMNO Bahagian Putrajaya membantah tindakan kerajaan yang menyenaraikan 'bak kut teh' sebagai makanan warisan negara.
![Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709543492_TBMASHUPORANG.jpg)
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
![Jawatankuasa bantah bak kut teh sebagai makanan tradisi Jawatankuasa bantah bak kut teh sebagai makanan tradisi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687060577_Bantahan.jpg)
Jawatankuasa bantah bak kut teh sebagai makanan tradisi
Satu jawatankuasa akan dipanggil bagi tujuan membantah cadangan memperkenalkan bak kut teh sebagai salah satu makanan warisan rakyat Malaysia.
![Empat keping gambar ditemui dalam komputer riba Alvin Tan - Saksi Empat keping gambar ditemui dalam komputer riba Alvin Tan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71448462834_VivianLee.jpg)
Empat keping gambar ditemui dalam komputer riba Alvin Tan - Saksi
SKMM temui tiga keping gambar dengan kapsyen "Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising) dalam komputer riba milik Alvin Tan.
![Kes Alvin dan Vivian persenda umat Islam di mahkamah disebut semula 14 April Kes Alvin dan Vivian persenda umat Islam di mahkamah disebut semula 14 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387546054_295x200.jpg)
Kes Alvin dan Vivian persenda umat Islam di mahkamah disebut semula 14 April
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.