KUALA LUMPUR:Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) memberi amaran sekatan pergerakan kedua yang sama seperti dilaksanakan pada Mac dan April tahun lepas mungkin akan menyebabkan ekonomi Malaysia tumbang kerana banyak perniagaan akan ditutup.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Sven Schneider berkata negeri-negeri paling terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 juga merupakan hab komersial dan perindustrian negara, yang mana akan menggandakan impak daripada sebarang sekatan pergerakan ketat yang akan dilaksanakan.
"Kami berharap kerajaan akan menimbang dengan teliti perkara ini (di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat potensi perintah kawal pergerakan kedua yang ketat)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Schneider berkata walaupun Eurocham Malaysia menyokong keputusan kerajaan untuk menangani ancaman COVID-19 kepada kesihatan awam dengan menggunakan strategi yang telah terbukti berjaya, ia tidak memilih sekatan pergerakan penuh yang ketat, yang mungkin tidak dapat mengimbangi keperluan pemulihan ekonomi Malaysia.
Menurutnya, ketika ini, perniagaan masih sedang dalam proses penyusunan semula dan baru sahaja pulih daripada impak sekatan pergerakan pertama disebabkan oleh penularan pandemik itu.
"Antara banyak cabaran yang dihadapi kebanyakan perniagaan semasa sekatan pergerakan sepenuhnya adalah pengurangan hasil dan kerugian kewangan, cabaran logistik dan gangguan rantaian bekalan serta pemberhentian pekerja, antara lainnya," katanya.
Beliau berkata meskipun kerugian yang dialami, banyak perniagaan dan terutamanya komuniti perniagaan Eropah belajar untuk bukan sahaja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan tetapi juga melaksanakan langkah-langkah dalaman yang malahan lebih ketat dalam pejabat atau tapak pembuatan bagi melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja.
Schneider berkata susulan kemajuan positif ini, EuroCham Malaysia merasakan daripada melaksanakan sekatan pergerakan sepenuhnya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lebih bersasar dengan peningkatan SOP menumpukan kepada langkah-langkah lebih ketat ke atas perjalanan dan aktiviti sosial adalah lebih sesuai, kerana ia akan membolehkan perniagaan terus dibina semula dan merangsang ekonomi.
"Jika sekatan pergerakan kedua dilaksanakan sama seperti Mac/April 2020, ia akan membawa impak serius kepada negara dan juga ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 08 2021

Ketika ini, perniagaan masih sedang dalam proses penyusunan semula dan baru sahaja pulih daripada impak sekatan pergerakan pertama.

Kerjasama Menzies-MMAG perkukuh sektor penerbangan Malaysia - Anthone Loke
Menzies Aviation menerima Lesen Pengendalian Darat daripada MAVCOM berkuat kuasa 1 Nov 2024 yang membolehkan syarikat itu memulakan operasi di Malaysia

Pentadbiran Trump saran kakitangan kerajaan abai arahan Elon Musk
Kakitangan kerajaan boleh sahaja mengabaikan e-mel Elon Musk yang mengarahkan mereka memberi justifikasi terhadap pekerjaan masing-masing.

HLTF-EI capai kemajuan penting dalam beberapa bidang utama - KSU MITI
Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) meraih pencapaian penting dalam beberapa bidang utama khususnya dalam memajukan aspek keutamaan serantau.
AWANI Pagi : ASEAN Kita: Bringing ASEAN Closer to its People
We connect, we collaborate, we grow.
From cultural exchanges to regional cooperation, ASEAN continues to strengthen its people-to-people ties. Our guest for this ASEAN Kita's episode will unravel how these connections shape our shared future, only on Astro AWANI.
From cultural exchanges to regional cooperation, ASEAN continues to strengthen its people-to-people ties. Our guest for this ASEAN Kita's episode will unravel how these connections shape our shared future, only on Astro AWANI.

Program Santuni MADANI: PHB pilih Kampung Palu-Palu sebagai kampung angkat
Program terbabit menyantuni penduduk kampung dengan menumpukan kepada apsek pembangunan pendidikan dan sosioekonomi
Kandungan palsu: individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
MCMC menahan individu muat naik kandungan palsu gagal hadir ke mahkamah

Menteri New Zealand lepaskan jawatan selepas insiden letak tangan di lengan kakitangan
Andrew Bayly kesal dengan tingkah lakunya yang dianggap beliau sebagai "agak berlebihan."

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas. #AWANInews
Dewan Rakyat: isu RUU pembaharuan semula bandar, banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.

EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.

EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Suruhanjaya Eropah suarakan kebimbangan terhadap sekatan AS ke atas eksport cip AI
Sekatan ini dilihat tidak selaras dengan kepentingan ekonomi dan keselamatan AS.

Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
Peraturan baharu ini menetapkan penyambung USB-C yang digunakan oleh peranti berasaskan android sebagai piawaian di EU.

Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.

EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.

Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).

Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."

Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.