KUALA LUMPUR:Semua murid tingkatan satu, empat dan enam serta murid tahun satu hingga enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di negeri dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan ke sekolah bermula 20 Januari ini.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, bagaimanapun, murid-murid tingkatan dua dan tiga di negeri terbabit hanya dibenarkan ke sekolah pada 8 Mac depan.
"Untuk negeri-negeri PKPB, sekolah rendah dibuka dan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan secara bersemuka.
"Maksudnya dari pra sekolah sehingga tahun enam akan hadir ke sekolah, bagi tingkatan 1 di negeri-negeri PKPB dan PKPP juga adalah PdP secara bersemuka.
"(Sementara) murid tingkatan 2 di negeri-negeri PKPB dan PKPP akan dijalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga 8 Mac 2020.
"Pengumuman saya pada 8 Novemeber lalu, pada tahun 2021 didahulukan pelajar SPM 2020. Untuk tujuan itu, kita maklumkan bahawa murid tingkatan 2 dan 3 akan berada di rumah terlebih dahulu sehingga 8 Mac 2021," katanya.
BACA: Murid kelas peperiksaan di negeri PKP dibenarkan ke sekolah 20 Januari
Sementara itu, beliau berkata, pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi pula hanya dibenarkan menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid.
Dalam pada itu, tambah Radzi lagi, pengoperasian tadika swasta juga dibenarkan di negeri-negeri di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB dan PKPP
"Untuk tadika swasta dibuka di negeri PKP, PKPB dan PKPP. PKP dilaksanakan pada hari ini berbeza dengan PKP pada Mac (2020), PKP ketika itu lebih ketat sektor dan sektor ekonomi tidak dibuka.
"Untuk membolehkan ibu bapa bekerja menghantar anak-anak ke sekolah maka kita benarkan tadika di kawasan PKP turut dibuka," jelas Radzi lagi.
Mengulas mengenai kerisauan ibu bapa berhubung penularan kes COVID-19 ketika ini, ujar Radzi, terpulang pada pertimbangan waris sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke tadika.
Dalam pada itu, demi memastikan keselamatan murid, kerajaan akan memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) diikuti setiap tadika swasta yang berdaftar dengan kementerian itu.
Fareez Azman
Tue Jan 12 2021

Menurut Dr Mohd Radzi Md Jidin, murid-murid tingkatan dua dan tiga di negeri di bawah pelaksanaan PKPB dan PKPP hanya dibenarkan ke sekolah pada 8 Mac depan.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Murid digalak kuasai lebih daripada satu bahasa
Murid digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk mereka berdepan dengan dunia yang penuh persaingan pada masa kini.

Takwim persekolahan 2023 bermula Mac kekal - Radzi
Antara faktor diambil kira dalam penyediaan takwim persekolahan ialah kebarangkalian banjir di negeri-negeri Pantai Timur pada hujung tahun.

Beberapa pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah
Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, cedera selepas tangki air sekolah itu pecah lalu menimpa laluan pejalan kaki dalam kejadian hari ini.

Elaun warden sekolah berasrama dinaikkan, setelah 25 tahun tidak disemak - Menteri
Setelah hampir 25 tahun kadar elaun warden sekolah berasrama di bawah selian Kementerian Pendidikan tidak disemak, hari ini kerajaan umum elaun tersebut dinaikkan sebanyak 25 peratus.

Bayaran elaun petugas pentaksiran, pemeriksa SPM 2021 mulai esok - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan pemeriksa bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dibayar mulai esok.

KPM tidak kompromi pihak sekolah sembunyi kes buli - Radzi
Pihak sekolah diingatkan tidak menyembunyi kes-kes buli kerana masalah ini merupakan masalah yang perlu ditangani secara bersama.

Sesi persekolahan tanpa sistem penggiliran bermula esok - Radzi
Sesi persekolahan kembali seperti sediakala tanpa menggunakan sistem penggiliran bermula esok, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

Lebih 13,000 guru pengambilan 'one-off' berjaya mendapat penempatan - Radzi Jidin
Seramai 13,225 guru baharu di bawah pengambilan khas secara 'one-off' sudah melapor diri atau menerima penempatan masing-masing setakat ini.

Guru interim Bahasa Inggeris dilantik tetap jika penuhi syarat, lulus temu duga - Radzi
Guru interim Bahasa Inggeris (BI) yang dilantik pada 29 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April ini bakal dilantik ke jawatan tetap sekiranya memenuhi syarat.

Beg sekolah berat: 'Saya tak senyap, saya kaji penyelesaian dahulu' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata, KPM juga akan mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi memantau pelaksanaan ketujuh-tujuh strategi berkenaan.