PUTRAJAYA: Konsep Sekolahku SEJAHTERA yang menerapkan 14 elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran akan dimulakan pada sesi persekolahan akan datang, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata 14 elemen yang terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA itu ialah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.
Bercakap kepada media selepas melancarkan Sekolahku SEJAHTERA di sini hari ini, Radzi berkata kesemua elemen itu akan diterapkan seawal prasekolah dan diteruskan sehingga ke peringkat sekolah menengah.
"Konsep ini tidak tambah beban tugas guru. Dalam konteks ini, guru-guru akan menerapkan konsep ini secara semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran.
"Contohnya guru sedang mengajar mata pelajaran Sejarah, ada perkara-perkara dalam topik yang diajar itu berkait rapat dengan konsep 14 elemen itu, ia boleh digunakan dan dijelaskan kepada anak-anak ini," katanya.
Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.
Radzi berkata penekanan terhadap 14 elemen nilai itu bukan bermakna elemen lain dalam kehidupan diketepikan.
"Kita fokus pada konsep-konsep utama, kita yakin sekiranya anak-anak ini betul-betul menjiwai konsep ini, kita mampu melahirkan generasi yang hebat dan mampu bersaing di peringkat dunia," katanya.
Mengambil contoh elemen artikulasi iaitu murid dididik dengan keupayaan untuk mengolah, menyampaikan pandangan, hujahan atau huraian tentang sesuatu perkara dengan jelas dan teratur, Radzi berkata apabila dewasa kelak, murid berkenaan boleh berhujah atau bercakap dengan tertib dan disokong dengan fakta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022
Radzi berkata kesemua elemen itu akan diterapkan seawal prasekolah dan diteruskan sehingga ke peringkat sekolah menengah. - Foto Astro AWANI
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Musk ambil alih agensi AS, wujudkan pusat kuasa baharu
Pengambilalihan pantas terhadap dua agensi kerajaan Amerika Syarikat oleh Elon Musk telah memberinya kawalan ke atas tenaga kerja persekutuan yang berjumlah 2.2 juta orang, sekali gus mencetuskan perubahan drastik dalam pentadbiran kerajaan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
“Beri kami idea untuk selesai isu pemisah “- Thailand
Malaysia diminta untuk memberikan idea kepada Thailand bagi membolehkan negara itu menyelesaikan isu pemisah yang didakwa menguggat keselamatan dan keamanan di wilayaj selatan.
Thailand mohon jasa Malaysia tangani isu dadah
Thailand mohon jasa baik Malaysia wujudkan perkongsian maklumat risikan formal dan tidak formal sebagai salah satu usaha menangani masalah pengedaran dan penyeludupan dadah secara lebih berkesan.
[TERKINI] SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky.
[TERKINI] Jurutera maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.
Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.
[TERKINI] Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
[TERKINI] Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Isu buli: Sekolahku Sejahtera berlandaskan empat komponen utama - Radzi Jidin
Pendekatan itu bertujuan memupuk dan menerapkan nilai-nilai penting kehidupan dalam kalangan warga sekolah.