Kerajaan Sarawak menetapkan waktu operasi sektor ekonomi di negeri itu bermula jam 7 pagi hingga 10 malam.
Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada Selasa.
Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata, keputusan itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan peniaga dan rakyat di negeri tersebut.
"Setiap kegiatan ekonomi dibenar beroperasi dalam tempoh ini. Bergantung kepada perniagaan, jika premis menjual bahan binaan mahu buka jam 8 pagi hingga 5 petang, itu terpulang kepada mereka," katanya semasa sidang media harian perkembangan COVID-19 Sarawak di sini, pada Selasa.
Tambahnya, sektor ekonomi yang memulakan perniagaan perlu mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi menyeimbangkan aktiviti ekonomi dan kesihatan.
Malah katanya, pasukan penguat kuasa akan memantau dan membantu melicinkan pelaksanaan SOP yang ditetapkan kerajaan.
Bagi operasi sektor perhotelan pula, katanya SOP berkaitan sudah diperhalusi dan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak dalam masa terdekat.
Selain itu, beliau berkata, bagi mengelak gelombang kedua berlaku, semua pelajar dan rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan akan di kuarantin di rumah selama 14 hari serta dipasangkan gelang khas bagi tujuan pemantauan.
Sementara itu, tiada kes positif COVID-19 baharu direkodkan di Sarawak pada Selasa.