Sektor pelancongan Melaka yang terjejas akibat wabak COVID-19 kini kembali pulih hampir 90 peratus dengan kemasukan kira-kira 8,000 pelancong terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata bilangan pelancong itu diambil kira sejak perjalanan rentas negeri dibenarkan pada 10 Jun lepas dan jumlah tersebut melebihi sasaran 3,000 pelancong.
Beliau berkata meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini, namun kerajaan negeri akan terus mengatur strategi menarik pengunjung bagi memastikan sasaran 5.6 juta pelancong dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.
"Peningkatan jumlah pelancong merupakan satu khabar gembira buat kerajaan negeri yang sedang berusaha keras memulihkan industri ini yang merupakan antara penyumbang utama ekonomi negeri dan subsektor kulinari dilihat antara faktor utama kemasukan pelancong ke Melaka.
"Kita akan menambah baik pakej pelancongan sedia ada selain memperkenalkan pakej percutian dengan menggunakan 13 subsektor pelancongan supaya pengunjung tidak bosan untuk datang ke negeri ini," katanya kepada pemberita selepas Program Voluntourism Semarak Pelancongan, Seni dan Budaya, di sini hari ini.
Majlis berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang turut melancarkan Buku Himpunan Kuih-Muih Tradisional Etnik Melaka terbitan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
Buku itu mengandungi 112 resipi kuih daripada pelbagai etnik di Melaka antaranya Melayu, Portugis, Baba Nyonya dan Chetti hasil daripada penganjuran Festival Masakan Warisan Melaka yang diadakan Perzim sejak 2004 sehingga 2020.
Sementara itu, Sulaiman berkata majlis seumpama itu akan dijadikan program tahunan menjelang sambutan Ambang Kemerdekaan di samping memartabatkan budaya dan warisan negeri ini untuk generasi akan datang selain menarik pelancong.
"Program budaya seperti ini dilihat mampu memberi pendedahan kepada golongan muda untuk mempelajari dan menghargai warisan berzaman sekali gus menarik pelancong untuk melihat sendiri keunikan makanan yang terdapat di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 30 2020
Peningkatan jumlah pelancong merupakan satu khabar gembira buat kerajaan negeri yang sedang berusaha keras memulihkan industri pelancongan negeri. - Astro AWANI
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.