KUALA LUMPUR: Siasatan terperinci oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di lokasi kejadian tanah runtuh berhampiran pintu masuk Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) mendapati sekurang-kurangnya tujuh paip bawah tanah di kawasan itu mengalami kebocoran.
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) Datuk Zulkipli Nasri berkata keadaan itu menyebabkan berlaku pengaliran air dalam kuantiti banyak dari paip yang dianggar berusia lebih 40 tahun hingga mengakibatkan kejadian tanah runtuh.
"Kalau tengok dekat situ, bila berlaku runtuhan kita lihat banyak air yang keluar. Jadi saya rasa itu mungkin puncanya. Bagi mendapatkan butiran terperinci, penyiasatan akan dijalankan lebih lanjut.
"Indikator awal daripada MACA juga memaklumkan bil air mereka meningkat," katanya kepada pemberita selepas lawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Zulkapli Mohamed ke lokasi kejadian hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Hasnol Zam Zam dan Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Idris Zaharudin.
Semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata siasatan awal Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) di lokasi kejadian mendapati wujud kebocoran pada sistem perpaipan bekalan air di kawasan itu.
Kebocoran pada sistem perpaipan itu telah menyebabkan tanah mengalami ketepuan yang tinggi seterusnya meningkatkan daya sisi kepada tembok penahan sedia ada daripada jenis contiguous micropile.
Zulkapli juga berkata status sama ada bangunan akademi itu selamat untuk diduduki atau tidak hanya akan dapat ditentukan dalam tempoh tiga minggu lagi selepas JKR selesai melakukan penilaian terperinci.
"Buat masa ini, kita tidak benarkan petugas dan kakitangan MACA untuk bertugas di sini sehingga mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Keadaan itu menyebabkan berlaku pengaliran air dalam kuantiti banyak dari paip yang dianggar berusia lebih 40 tahun hingga mengakibatkan kejadian tanah runtuh. -Gambar fail/Bernama
Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta
Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa, menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Ronaldo kekal pemain paling mahal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sepasang suami isteri ditahan terlibat sindiket rokok seludup di Tanah Merah
Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok bernilai RM648,738, termasuk cukai.
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan
Islam Makhachev berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Renato Moicano dari Brazil pada aksi UFC 311, pada Ahad.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
"Biar SUHAKAM juga faham dalam konteks tugasan polis" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri mencadangkan SUHAKAM mencari masalah dari sudut hak asasi dan berbincang untuk membantu mendidik masyarakat berkenaaan undang-undang pemeriksaan telefon bimbit.
#AWANInews
#AWANInews
Bagaimana pameran AISSE tingkatkan usaha menambah baik keselamatan?
Menteri Dalam Negeri berkata pameran AISSE 2025 mampu meningkatkan usaha menambah baik keselamatan secara dinamik.
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
Tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi tadi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Rumah inap desa ranap dalam tanah runtuh
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
Banjir Kelantan: Jalan terputus, tanah runtuh jejas perhubungan jalan darat
Insiden ini bukan sahaja melumpuhkan pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.