SEREMBAN: "Selamat tinggal".
Itu ayat terakhir yang sempat diucapkan oleh Mohamad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, 8, sebelum dihanyutkan arus deras selepas tergelincir ke dalam longkang berhampiran Flat Cempaka di Seremban 2 di sini, pada Sabtu.
BACA: Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas sempat ucap selamat tinggal
Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa sedang bermain dengan seorang abangnya berusia sembilan tahun dan seorang kawan berusia 12 tahun.
Menurut ibunya, Nor Ain Ismail, 27, sebelum itu dia ada pulang ke rumah menghantar makanan buat dua anaknya.
"Saya sempat pesan kepada mereka supaya jangan keluar rumah dan tunggu ayah pulang sekejap lagi.
"Tapi dalam jam 4.30 petang saya dapat panggilan telefon dari penduduk yang beritahu anak saya terjatuh ke dalam longkang," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, ketika kejadian anaknya berada di bawah jagaan bekas suaminya yang tinggal Flat Dahlia di situ.
Bagaimanapun katanya, bekas suaminya itu tiada di rumah kerana pergi bekerja.
"Ayah dia selalu kerja malam. Tapi kebetulan pagi tadi majikannya telefon panggil bekerja.
"Kami sama-sama uruskan anak walaupun telah berpisah tahun lalu.
"Tapi mangsa dan abangnya berusia sembilan tahun tinggal dengan bapanya, yang sulung lelaki berusia 10 tahun dengan nenek di Ampangan dan yang bongsu perempuan dengan saya di Bukit Rasah," katanya.
Ujarnya, dua anaknya dan bekas suaminya baharu berpindah ke situ sejak empat bulan lalu.
Kata Nor Ain, anaknya tidak pernah bermain di kawasan itu dan biasanya hanya di kawasan rumah.
"Tapi entah macam mana dia nak pergi bermain kat situ hari ini. Abangnya dah larang, tapi dia tak dengar.
"Sebab itulah abangnya terpaksa ikut sama. Tapi katanya masa adik nak basuh kaki dia tergelincir dan paling sedih dia sempat cakap selamat tinggal," katanya.
Menurutnya, dia difahamkan ada penduduk yang cuba menarik mangsa, tapi tidak sempat.
Sementara itu Nor Ain berkata, dia tidak menyangka kejadian menimpa anaknya itu berlaku beberapa hari menjelang Aidilfitri.
"Ayah dia dua hari lepas ada belikan baju raya dan dialah paling teruja. Tapi saya nampak kali ini dia tak ceria langsung," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: 'Selamat tinggal' ayat terakhir sebelum dihanyutkan arus deras
Sinar Harian
Sat May 08 2021

Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang memberikan kaunseling kepada Nor Ain. -Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Menjelang angkat sumpah, Kamala Harris ucap selamat tinggal kepada perwakilan Senat
Harris memuat naik video selamat tinggal di media sosialnya bagi menzahirkan penghargaan dipilih mewakili negeri kelahirannya.

Negara ucap selamat tinggal kepada TV analog
Sebanyak 26 stesen pemancar di Sarawak dan 16 di Sabah termasuk di Labuan menjadi stesen terakhir melakukan 'Analogue Switch Off' (ASO) secara serentak pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Selamat tinggal Kelantan - Apek
Mengakui ini keputusan sukar yang dibuat, namun demi karier bola sepak yang masih panjang, dia memilih menyarung jersi skuad Hang Tuah di bawah kendalian Eduardo Almeida.

Heynckes tetap dengan rancangan persaraannya
Heynckes akan digantikan oleh jurulatih Eintracht Frankfurt, Niko Kovac, dalam 2018-19, selepas kembali ke gergasi Bundesliga pada Oktober bagi mengambil alih tugas daripada Carlo Ancelotti.

Hamidin bisa mengkritik, bisa dikritik - Rizal
Ramai yang beranggapan apa yang berlaku dalam FAM ketika ini adalah pelan terancang yang cuba dibawa oleh sesetengah pihak.