SHAH ALAM: Selangor akan melaksanakan kaedah alternatif bagi pengeluaran makanan untuk ternakan khususnya ayam dan haiwan ruminan seperti lembu dan kambing dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Izham Hashim berkata, inovasi yang disifatkan berjaya berdasarkan kajian dan pelaksanaannya oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu merupakan antara usaha mengurangkan kenaikan harga makanan haiwan ternakan.
"Penyelidikan UKM ini telah dilakukan dua tahun lalu, sudah diaplikasikan di Kedah dan ia bakal dilaksanakan di Selangor. Kaedah pelaksanaannya akan diperincikan dalam masa terdekat.
"Dengan kerjasama UKM, kita yakin dapat mengurangkan kos pengeluaran makanan khususnya harga makanan ayam kepada 70 sen sekilogram berbanding RM1.70 sekilogram pada masa ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini hari ini.
Mengulas mengenai bekalan ayam, Izham berkata rakyat Selangor tidak perlu khuatir berhubung perkara tersebut kerana ia masih terkawal terutama apabila kerajaan telah bersetuju untuk tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan yang berkuat kuasa serta-merta.
Izham berkata isu di Selangor adalah lebih terarah kepada masalah bekalan makanan ternakan dan bukannya hanya tertumpu kepada masalah bekalan ayam.
"Sebab itu, buat permulaan kita bekerjasama dengan Negeri Sembilan semalam dalam mengusahakan tanaman jagung bijirin (untuk makan ayam)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Kaedah alternatif bagi pengeluaran makanan untuk ternakan khususnya ayam dan haiwan ruminan seperti lembu dan kambing itu akan dilaksana dalam masa terdekat. - Gambar fail
AWANI Borneo [19/1/2025] – Hujan Berterusan | Tegas Menteri KPDN | Tenaga Hijau
Tumpuan AWANI Borneo 19 Jan 2025 bersama Assim Hassan
- Banjir di Paitan memburuk, dua lagi PPS dibuka
- Harga ayam : Jangan cakap sebarang, ada bukti laporkan kepada KPDN
- Grid kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga ASEAN
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Banjir di Paitan memburuk, dua lagi PPS dibuka
- Harga ayam : Jangan cakap sebarang, ada bukti laporkan kepada KPDN
- Grid kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga ASEAN
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Henti label Hamas pertubuhan pengganas dan penderhaka, yang jahat Israel - Prof Kamaruzzaman
Henti melabel kumpulan Hamas sebagai sebuah badan pengganas, radikal atau penderhaka.
Polis minta orang ramai henti tular video OKU dipukul
Polis meminta orang ramai supaya berhenti menularkan video yang memaparkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Jumaat lepas.
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
Dua lagi PPS dibuka di Paitan, hampir 500 penduduk terjejas
Dua buah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Paitan menjadikan lima buah PPS dibuka setakat ini di kawasan itu berbanding semalam.
Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol.
SK Kerupang Juara Teater Hikayat Kebangsaan 2024
Sekolah Kebangsaan (SK) Kerupang dari Wilayah Persekutuan Labuan berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Teater Hikayat Peringkat Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh Astro Ceria.
Jika benar harga melampau, laporkan kepada KPDN segera- Armizan
Menteri KPDN memberitahu dakwaan harga ayam mencecah RM16 sekilogram adalah tidak munasabah, jika benar laporkan segera agar siasatan dapat dilakukan.
Rakyat bijak menilai prestasi GRS - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali meminta rakyat di negeri itu agar tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang dimainkan pihak tertentu menjelang pilihan raya negeri akan datang.
Anak tempatan cipta produk mampu besarkan saiz udang jantan
Giva Kuppusamy dan Shazaril Adri umum pemenang program INNOVATHON 2 pada minggu pertama menerusi inovasi Mono-Sex Giant Freshwater Prawn.
Lalat askar hitam sumber alternatif utama makanan ternakan - Menteri
Penggunaan larva lalat askar hitam atau black soldier fly (BSF) sebagai sumber alternatif utama makanan ternakan mampu mengurangkan kebergantungan import negara terhadap bahan berkenaan.
Syarikat dikesan terlibat perjanjian kartel ayam dijangka berdepan impak kewangan jika penalti dikenakan
Kelima-lima syarikat itu dikesan menaikkan kuantum harga makanan ternakan ayam di negara ini antara 2020 hingga pertengahan 2022.
Selangor akan guna kaedah alternatif bagi pengeluaran makanan haiwan ternakan
Inovasi yang berdasarkan kajian dan pelaksanaannya oleh UKM itu adalah antara usaha mengurangkan kenaikan harga makanan haiwan ternakan.
Kerajaan disaran cari penyelesaian jangka panjang isu kos makanan ternakan - Aminuddin
Isu kos makanan ternakan tidak hanya libatkan ayam tetapi haiwan lain seperti lembu, kambing, ternakan tenusu yang turut berhadapan masalah.
Maqis serah daging sejuk beku kepada Penjara Penor
Penyerahan membabitkan 34 karton daging kerbau sejuk beku dari India dengan nilai anggaran RM11,710.37 yang didapati tidak mematuhi prosedur pengimportan melalui Pelabuhan Klang Barat.
Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI
Penyelidikan MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluaran bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.