SHAH ALAM: Kempen Earth Hour di Selangor akan menyaksikan lampu elektrik yang "fungsinya bukan penting" di bangunan-bangunan pejabat, premis-premis perniagaan dan kediaman, dipadamkan selama sejam bermula pukul 8.30 malam pada hari Sabtu ini.
Exco Pelancongan dan Alam Sekitar negeri Hee Loy Sian berkata kempen anjuran kerajaan negeri itu bertujuan menyokong usaha-usaha ke arah kelestarian alam sekitar dan merealisasikan agenda Selangor untuk menangani kesan perubahan iklim.
"Kerajaan negeri turut berhasrat menjadikan Kempen Earth Hour sebagai acara tahunan dalam memupuk kesedaran rakyat mengenai perubahan iklim dan alam sekitar yang sedang dialami di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri berharap Kempen Earth Hour dapat diaplikasikan dan dilaksanakan oleh semua rakyat Selangor agar dapat bersama-sama dengan masyarakat global dalam usaha untuk menjaga alam sekitar serta mewujudkan dunia yang lebih mampan sekali gus memberikan impak positif kepada perubahan iklim negara.
Justeru katanya demi keselamatan orang awam dan pengguna bangunan, hanya lampu-lampu exterior (lampu perhiasan), lampu yang tidak digunakan akan dipadamkan, dan ia bukanlah blackout sepenuhnya.
"Lampu-lampu keselamatan perlu dipasangkan mengikut keperluan bangunan masing-masing dalam memastikan keselamatan awam di kawasan bangunan," katanya.
Hee berkata kerajaan negeri mengarahkan semua jabatan dan agensinya serta pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menyertai kempen Earth Hour pada hari berkenaan.
"Bangunan-bangunan kerajaan negeri dan lain-lain bangunan yang di bawah seliaan PBT adalah digalakkan turut serta dalam kempen ini, dan kerajaan negeri turut mengalu-alukan penyertaan sektor swasta dan organisasi lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022

Hee Loy Sian berkata kempen anjuran kerajaan negeri itu bertujuan menyokong usaha-usaha ke arah kelestarian alam sekitar dan merealisasikan agenda Selangor untuk menangani kesan perubahan iklim. -Gambar fail

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Menjadikan Earth Hour lebih bermakna
ilmu yang berpanjangan akan memastikan pasukan kita terus mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

Drawbridge bergelap sejam kerana Earth Hour
Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau lebih dikenali sebagai drawbridge bergelap selama sejam bagi menyahut kempen Earth Hour yang bertemakan 'Invest On Our Planet' pada malam Sabtu.

Acara Earth Hour dibatalkan di Australia susulan amaran ribut petir
Beberapa lokasi yang mungkin terjejas termasuk Tenterfield, Glen Innes, Inverell, West Wyalong, Ashford dan Cowra.

7 fakta menarik tentang Earth Hour
Acara itu yang dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) disambut setiap tahun sebagai simbol komitmen terhadap planet.

Selangor laksana kempen Earth Hour Sabtu ini
Kempen Earth Hour di Selangor akan menyaksikan lampu elektrik yang "fungsinya bukan penting" di bangunan-bangunan pejabat, premis-premis perniagaan dan kediaman, dipadamkan selama sejam bermula pukul

Earth Hour: Kota dunia termasuk Kuala Lumpur bergelap seketika
Lampu dipadamkan tepat jam 8.30 malam hingga 9.30 malam di beberapa bangunan ikonik di ibu kota.

#SpeakUpForNature: WWF galak rakyat tulis surat kepada Exco alam sekitar
WWF-Malaysia menyediakan platform untuk rakyat menyuarakan masalah alam sekitar kepada Exco masing-masing.

Jakarta terputus bekalan elektrik besar-besaran, ramai 'naik angin'
Jakarta, wilayah yang dihuni warga yang populasi sebesar negara Malaysia, hari ini mengalami gangguan elektrik besar-besaran.

Mercu tanda dunia bergelap sempena Earth Hour
Mercu tanda dunia yang bergelap termasuk Menara Eiffel di Paris; Colosseum di Rom; bangunan Empire State di New York dan Sydney Opera House, di Australia.

Earth Hour: Bukan sekadar matikan lampu. Ini 5 perkara anda boleh lakukan!
Tahukah anda, selain daripada menutup lampu, banyak lagi yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan bumi?