KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan menumpukan pembangunan sektor perkhidmatan bagi tempoh lima tahun ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata ini termasuk pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Kuala Langat yang dijangka memacu pertumbuhan ekonomi lebih tinggi di Selangor.
"Peralihan kepada sektor perkhidmatan berdasarkan dalam talian merupakan antara kunci utama yang harus ditumpukan pada masa depan bagi memacu ekonomi di Selangor dan Malaysia, amnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panelis sesi 'Dialog Khas Mengenai Destinasi Pelaburan Utama : Memanfaatkan Kekuatan Tempatan bagi Kemakmuran Serantau' pada Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor (SABC) 2024 di sini, pada Jumaat.
Sesi dialog yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow itu membincangkan kekuatan kedua-dua negeri dalam menarik pelaburan masuk ke dalam negara.
Terdahulu, pada sesi itu Amirudin menggariskan beberapa keunikan Selangor yang mampu menarik pelaburan ke negeri itu, termasuk kedudukan di tengah-tengah Semenanjung Malaysia dan dilengkapi infrastruktur mega seperti lapangan terbang.
Kemudahan lain seperti pelabuhan laut dan jaringan lebuh raya selain pembangunan lebih banyak kawasan perindustrian yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonominya.
"Selangor juga melahirkan lebih 40,000 siswazah berpotensi daripada 150 institusi pengajian tinggi setiap tahun yang berupaya memenuhi keperluan industri.
"Polisi dan pentadbiran kerajaan Selangor yang tahan lasak dan tangkas juga antara keunikan negeri ini," katanya.
Dalam pada itu, Amirudin berkata Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang juga kerangka pembangunan negeri itu, dijangka meningkatkan kadar sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sehingga 0.5 peratus pada masa akan datang.
Malah, ini terbukti apabila Selangor berjaya menyumbang 25.9 peratus KDNK dengan peningkatan sebanyak 0.4 peratus pada 2023, berbanding tahun sebelumnya.
"Sebelum RS-1 dibentangkan, sumbangan peningkatan KDNK hanya antara 0.2 hingga 0.3 peratus, tapi (selepas) dilancarkan, peratusan sumbangan (KDNK) meningkat hampir 0.5 peratus.
"Ini berikutan RS-1 lebih mendalam perancangannya, disokong dengan tenaga kerja dan infrastruktur dan kita yakin mampu sumbang RM500 bilion dalam beberapa tahun ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata SABC berperanan sebagai platform penting untuk pemimpin ASEAN dan global membincangkan isu ekonomi penting, meneroka peluang perdagangan dan membentuk kerjasama strategik.
Dalam ucapan perasmian, beliau berkata SABC 2024 yang bermatlamat memajukan kejayaan dicapai sebelum ini iaitu menarik lebih 2,400 peserta dari semua 10 negara ASEAN dan kawasan lain.
"SABC mengetengahkan penglibatan rakyat dengan rakyat seperti pihak berkepentingan negeri dan sektor swasta melalui Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan majlis perniagaan serantau seperti Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC) dan Majlis Perniagaan EU-ASEAN (EU-ABC)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Amirudin berkata ini termasuk pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Kuala Langat yang dijangka memacu pertumbuhan ekonomi lebih tinggi di Selangor. - Foto fail/BERNAMA
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X
Siasatan awal MCMC mendapati kegiatan suspek bermula sejak 2021 dengan beliau memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.
Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Program CSSP di Geneva tingkat keupayaan saintifik negara - Chang
Menurut Chang, program CSSP di Geneva juga berupaya merangsang minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.
PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu dibiayai dengan dana awal RM50 juta yang dibahagikan sama rata antara PNB, syarikat korporat dan kerajaan.
SSM terima 591 aduan syarikat berkaitan penipuan pelaburan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 591 aduan berkaitan syarikat yang menawarkan pelaburan secara penipuan dan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016, dari tempoh 2022 hingga Julai lepas.
Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun
Polis merampas lebih 890 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta di Perlis sejak Januari hingga Jun lepas.