Menerima hakikat bahawa dunia Islam jauh ketinggalan dalam banyak bidang merupakan langkah pertama ke arah menyelaras semula kedudukan Islam sebagai kuasa untuk kebaikan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata masyarakat Islam terutama golongan muda perlu menggunakan kejayaan zaman kegemilangan Islam sebagai pengajaran untuk mereka berusaha kuat membina tamadun peneraju yang baharu.
Dengan suku daripada populasi Islam adalah golongan muda, mereka harus berada di barisan hadapan dalam mengembalikan tamadun Islam kepada kegemilangan lampau.
"Kita perlu terima bahawa kita jauh ketinggalan dalam ekonomi, teknologi, sains, kemanusiaan dan banyak lagi bidang.
"Jadi kita perlu memulakan kembara untuk menunjukkan bahawa Islam adalah kuasa kebaikan, dengan memperkasa golongan muda kita," kata beliau.
Berucap pada majlis bagi meraikan Putrajaya sebagai 'Youth Capital' Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini malam ini, Khairy berkata nilai baik Islam harus dikongsikan dengan setiap orang.
Dalam sidang media kemudian, Khairy berkata pemilihan Putrajaya sebagai lokasi program OIC 'Youth Capital' merupakan satu pengiktirafan oleh pertubuhan itu terhadap sumbangan dan peranan Malaysia terhadap komuniti dan dunia Islam.'
Beliau berkata kelantangan dan komitmen Malaysia dalam memperjuang isu umat Islam seperti nasib rakyat Palestin dan Rohingya memberi pelbagai manfaat kepada dunia Islam, sekali gus meletakkan negara ini selangkah di hadapan dalam hal berkaitan Islam.
OIC Youth Capital merupakan satu program antarabangsa yang merangkumi pengisian membentuk jati diri belia Islam dan memperkukuh hubungan persaudaraan sesama mereka, katanya.
Selain Putrajaya, OIC turut memilih bandar Shiraz, Iran dan Fes di Maghribi sebagai lokasi program berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2017
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
Kerjasama akademik Iran-Malaysia kukuhkan hubungan terjalin selama beberapa dekad
Kerjasama akademik dan saintifik antara Iran dan Malaysia dijangka semakin kukuh, mencerminkan hubungan diplomatik yang erat selama beberapa dekad.
Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Piala Dunia Fifa Qatar 2022: Stadium Lusail cerminkan ciri-ciri Islam-Arab
Stadium Lusail yang terletak 20km dari ibu negara Doha direka bentuk untuk mereplikasi tanglung 'fanar'.
Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam - Imran Khan
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar.
Isu umat Islam jadi tumpuan Sidang Kemuncak KL
Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang akan mengetengahkan isu-isu hal ehwal umat Islam, kini sedia menjadi tumpuan dengan para peserta berusaha menentukan hala tuju dunia Islam.
Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung
Sidang kemuncak berkenaan, antara lain, membincangkan dan mencari jalan penyelesaian baharu terhadap masalah menimpa dunia Islam serta memperbaiki keadaan umat Islam dan negara Islam.