KUALA LUMPUR: Keadaan hentian bas yang tidak mesra pengguna mendedahkan rakyat kepada isu-isu keselamatan yang pelbagai.
Ini memandangkan sesetengah hentian bas berada dalam keadaan usang dan gelap, menurut wakil Malaysian Land Public Transport Fans (MLPTF) Wan Muhammad Faiz Wan Zaidi.
Katanya, antara isu keselamatan yang berbangkit termasuk kemungkinan terjadi kes rompak dan cabul.
“Bagi saya, bukan sahaja wanita yang terkesan dengan isu keselamatan ini, tetapi seluruh warga yang menggunakan pengangkutan awam. Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan bas.
BACA: Kerajaan beri perhatian tingkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam - Anthony
“Kalau saya dari Wangsa Maju, hendak ke Shah Alam. Saya perlu ambil LRT Wangsa Maju ke LRT Universiti, dan kemudiannya mengambil bas ke Shah Alam. Hentian bas yang ada di Shah Alam ini kebanyakannya tidak memuaskan.
“Dan jika dari Shah Alam hendak ke Kuala Lumpur, hentian basnya di tepi Lebuhraya Persekutuan. Pada waktu malam kawasan itu gelap tanpa pencahayaan lampu, di bahu jalan utama dan tiada CCTV.
“Saya terdedah kepada bahaya, mungkin diculik, dirompak atau dicabul. Banyak perkara yang boleh berlaku,” katanya dalam program Dialog Anak Muda terbitan Astro AWANI.
Oleh itu, Wan Muhammad Faiz menggesa agar pihak berkuasa tempatan mewujudkan koordinasi untuk memastikan reka bentuk pembinaan hentian bas yang selaras dan kondusif kepada pengguna.
“Saya naik bas dari kawasan Petaling Jaya ke Shah Alam. Kalau kita lihat standard hentian bas yang ada di Petaling Jaya dan hentian bas yang ada di Shah Alam saja, sudah berbeza.
"Maksudnya, piawaian yang mereka gunakan di peringkat Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam saja sudah berbeza,” jelasnya.
Dalam hal ini, beliau berpendapat pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat boleh campur tangan untuk melaksanakan hal tersebut dengan lebih sistematik.
Baginya, penyelarasan ini bukanlah suatu projek yang memerlukan kos yang besar dan boleh dilaksanakan dengan segera.
Irfan Faruqi
Sat Mar 25 2023

Wan Muhammad Faiz menggesa agar pihak berkuasa tempatan mewujudkan koordinasi untuk memastikan reka bentuk pembinaan hentian bas yang selaras dan kondusif kepada pengguna. - Gambar hiasan/BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Penurunan had umur belia, pecah sentimen anak muda tidak boleh memimpin - Malaysia Berdaya
Penguatkuasaan penurunan had umur belia kepada 30 tahun bermula Januari 2026 bantu memecahkan sentimen yang menganggap anak muda tidak boleh memimpin.

Anak muda bukan sekadar istilah, perlu diberi kepercayaan memimpin - Pemimpin Belia
Anak muda perlu diberi kepercayaan untuk memimpin bagi merealisasikan agenda pembangunan mampan.

Negara akan hilang 70 peratus tenaga mahir jika lepasan SPM tidak sambung pengajian
Jangkaan tersebut berdasarkan kepada laporan 48 peratus lepasan SPM 2021 yang tidak melanjutkan pengajian pada tahun lalu.

'Selaraskan rekaan hentian bas, tangani isu keselamatan pengguna'
Wan Muhammad Faiz berkata, sesetengah hentian bas berada dalam keadaan usang dan gelap, menimbulkan risiko kejadian tidak diingini.

Luaskan inisiatif pas bulanan ke semua negeri - Mahasiswa
Penekanan juga perlu diberikan kepada adaptasi kaedah pembayaran bebas tiket fizikal bagi semua pengangkutan awam.

Belanjawan 2023: Penerimaan belia melangkau angka dan jenama
Tiga dapatan menarik dari Dialog Anak Muda, yang menampilkan wakil belia yang ada latar belakang usahawan, penjawat awam, mahasiswa dan pekerja gig.

Setiap individu perlu ada pemikiran digital - Nicholas Tan
Semua orang perlu percaya pada manfaat dunia digital yang menjadi penggerak kepada dunia hari ini dan masa depan.

Wujudkan dana wakaf untuk PMKS - Aktivis belia
Beliau melihat walaupun telah ada inisiatif disediakan kerajaan, namun tabung dana wakaf itu dapat menambah nilai kepada ekonomi negara.

Program kesedaran peluang keusahawanan perlu diperluas di IPT
Masih ramai pelajar tidak punyai pengetahuan asas tentang ruang dan peluang untuk ceburi bidang keusahawanan.

Usahawan MKS dinasihat simpan lebih tunai, lebih berjimat untuk depani risiko kegawatan
Usahawan dinasihatkan untuk membuat pinjaman sementara masih mampu dan tidak terus menunggu dan lihat.