Setelah hampir tiga bulan ditutup, akhirnya masjid dan surau di kebanyakan negeri berstatus hijau kembali dibuka semalam, membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dan solat jemaah lima waktu.
Sudah tentu ia merupakan saat yang ditunggu-tunggu apabila dapat mengimarahkan semula rumah Allah walaupun berhadapan dengan kebiasaan baharu dengan terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengelak penularan wabak COVID-19 di kalangan jemaah.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara menzahirkan rasa bangga terhadap jemaah yang mematuhi peraturan dengan tertib ketika menunaikan solat Jumaat.
Antaranya termasuk memberikan kerjasama baik dengan berbaris dan merekodkan bacaan suhu badan masing-masing sebelum dibenarkan memasuki masjid, selain turut membawa sejadah sendiri dari rumah dan duduk pada jarak satu meter antara jemaah di dalam dewan sembahyang.
Mengikut SOP yang disediakan, jemaah juga perlu memakai pelitup muka, selain mengambil wuduk serta tidak bersalaman atau bersentuhan sepanjang berada di masjid, surau Jumaat dan surau.
Dalam memastikan pematuhan ini, ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau sendiri perlu memainkan peranan memastikan setiap jemaah yang hadir mematuhinya.
Selain itu kawalan kendiri dan amalan menjaga kebersihan diri seperti sentiasa membasuh tangan juga penting untuk memastikan tiada kes jangkitan virus itu berlaku di kalangan jemaah yang hadir
Walaupun kes positif COVID-19 semakin berkurang dan banyak kelonggaran yang diberikan kerajaan menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak Rabu lepas, namun ia bukan alasan untuk kita alpa.
Selain boleh ke masjid dan surau, rakyat juga kini boleh bergerak merentas negeri, dan hari ini serta esok dijangka ramai yang akan ambil kesempatan cuti hujung minggu balik kampung, sebagai 'ganti' kepada sambutan Aidilfitri yang 'terlepas' sebelum ini.
Memetik kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, negara hanya boleh diisytihar bebas daripada penularan COVID-19 sekiranya merekodkan sifar kes baharu untuk tempoh 28 hari iaitu dua kitaran inkubasi.
Selagi belum mencapai perkara itu, selagi itu kita masih perlu 'berjuang' memerangi wabak ini bagi mengecapi erti sebenar kehidupan bebas dan normal seperti sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 13 2020
Setelah hampir tiga bulan ditutup, akhirnya masjid dan surau di kebanyakan negeri berstatus hijau kembali dibuka semalam. -Gambar hiasan
Pemilihan lokasi taska, tadika berkeperluan khas mengikut keperluan di setiap negeri
Faktor pemilihan lokasi bagi pelaksanaan taska dan tadika berkeperluan khas dibuat berdasarkan keperluan sesuatu tempat dan kajian perlu dijalankan bagi meletakkan taska berkeperluan khas berkenaan. #AWANInews
Usaha wujudkan taska, tadika berkeperluan khas dimulakan di Melaka
Usaha mewujudkan taska dan tadika berkeperluan khas atau autisme akan dilaksanakan dan dimulakan di negeri Melaka pada tahun ini dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada 2026. #AWANInews
Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.
'OIC dah lama tak guna' - Pakar
Dalam pada itu, Pakar Undang-Undang Antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir Turut menyelar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disifatkan beliau sudah lama tidak berguna.
Rancangan Trump mahu ambil alih Gaza 'gila' - Pakar
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan diuruskan oleh negara itu dengan baik adalah 'gila' dan tidak masuk akal.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin Merdeka - Arab Saudi
Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Konflik Gaza: Trump Gelar Gaza 'Riviera Asia Barat' apabila dibangunkan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan hasrat untuk melawat Israel dan kemungkinan membuat lawatan ke Gaza.
Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.