PARIT BUNTAR: Selepas projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng-Kuala Kangsar diluluskan, Kerajaan Perak mendaftarkan projek lebuhraya baharu menghubungkan Tanjung Malim ke Lumut.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengesahkan perkara itu berkata, lebuh raya berkenaan merupakan salah satu projek yang disenaraikan untuk perhatian Kementerian Kewangan bagi dilaksanakan di negeri ini.
Menurutnya, cadangan itu adalah rancangan jangka panjang apabila Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) beroperasi untuk memudahkan pengangkutan logistik ke Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).
"Kita ada 10 projek yang kita senaraikan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke Perak baru-baru ini.
“Pertama kita senaraikan projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Kerian dan kedua ialah projek lebuh raya Tanjung Malim-Lumut.
"Jadi produk-produk yang dihasilkan di AHTV akan dihantar ke LUMiC untuk eksport dan kita akan perkasakan pelabuhan Lumut itu nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera di LSS4 Tali Air di sini, hari ini.
Menurut Saarani, pelaksanaan projek tersebut akan mengambil masa dan dijangka bermula bersama-sama pembangunan AHTV di Tanjung Malim.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada sebarang perincian melibatkan jajaran dan jarak lebuh raya berkenaan.
Sementara itu, Saarani berkata, perasmian ladang solar milik syarikat Asiabina Solar itu merupakan detik penting dalam menyokong penggunaan tenaga bersih dan lestari di Perak.
Menurutnya, ia adalah langkah awal menjadikan daerah Kerian sebagai hab pembangunan teknologi tinggi dan hijau sebagaimana rancangan kerajaan dalam membangunkan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP).
"Ladang solar berkapasiti 50MW ini mampu menjana tenaga hijau untuk 25,000 isi rumah setahun, mengurangkan 100,000 tan pelepasan karbon dioksida dan menjimatkan penggunaan elektrik setiap tahun.
"Ia selaras dengan Agenda Teknologi Hijau dalam Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030," ujarnya.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) kepada 30 peserta yang merupakan penduduk setinggan di rizab Sungai Kerian.
Menurutnya, kesemua peserta akan ditempatkan di pangsapuri yang dibina secara usaha sama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan Bumi Johan Sdn Bhd yang juga anak syarikat Asiabina.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Apr 16 2024

Saarani berkata, lebuh raya berkenaan merupakan salah satu projek yang disenaraikan untuk perhatian Kementerian Kewangan bagi dilaksanakan di negeri ini. - Gambar fail

PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan
Tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan.

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump
Rancangan ini merangkumi pembinaan kilang di Texas, menggandakan Dana Pembuatan Termaju AS, penubuhan akademi pembuatan, mempercepatkan pelaburan AI dan kejuruteraan silikon.

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.

Selepas WISE, Perak daftar lebuh raya baharu Tanjung Malim-Lumut
Selepas WISE, Perak daftar lebuhraya baharu Tanjung Malim - Lumut