SANDAKAN: Presiden, Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee mahu isu Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
Menurutnya, beliau sudah lama memperjuangkan perkara itu sejak lebih 10 tahun lalu sehingga ianya menjadi isu arus perdana.
Namun, ia belum diselesaikan sehingga ke hari ini.
“Saya setuju dan saya mahu, sayapun sudah buat usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi kamu tanya saya jika saya setuju MA63 dilaksanakan, saya kata ya.
“Saya percaya dilaksanakan atau tidak sebelum PRU? Tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Penerimaan Ahli Baru Parti Maju Sabah (SAPP) di Sandakan, pada Ahad.
Dalam pada itu, Yong Teck Lee berkata, dia juga yakin isu MA63 tidak akan dilaksanakan sebelum PRU15 ini.
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan dilihat melewat-lewatkan pelaksanaan MA63 seperti bermain kuntau.
Ini kerana, beliau berpendapat isu itu akan menjadi isu utama yang akan dimainkan dalam PRU akan datang.
“Ini Kerajaan Persekutuan macam main kuntau, main Tai Chi ya. Dia kasi perlahan-perlahan. Jadi saya tidak yakin Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan MA63 sebelum PRU akan datang.
“Saya tidak yakin, saya tidak berharap, maka MA63 akan menjadi isu utama Pilihan Raya Parlimen akan datang di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Bagaimanapun, beliau sangat setuju agar isu itu yang menyentuh soal pembahagian pendapatan hasil cukai, hasil minyak, sempadan perairan dan hak keistimewaan Sabah dan Sarawak dapat dimuktamadkan dengan kadar segera.
Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga akan memberikan taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung isu MA63 pada Sabtu depan.
Radhi Muslim
Mon Nov 29 2021
!['Selesaikan segera isu MA63 sebelum PRU' - Yong Teck Lee 'Selesaikan segera isu MA63 sebelum PRU' - Yong Teck Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61638151726_YONGTECKLEE.jpg)
Yong Teck Lee berkata, dia juga yakin isu MA63 tidak akan dilaksanakan sebelum PRU15 ini. - Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737790558_TBFadhlina.jpg)
Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.
![MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731656866_TBSAMARIANG.jpg)
MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan
Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada kerajaan Sarawak dan Sabah bagi mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di dua negeri berkenaan.
![Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731389804_DatukSharifahHasid.jpg)
Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dari sudut perundangan mengenai pelaksanaan pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.
![Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731225378_TBFadillahYusof.jpg)
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![MA63: Tuntutan berkaitan isu pendidikan Sabah masih dibincang - TPM Fadillah MA63: Tuntutan berkaitan isu pendidikan Sabah masih dibincang - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727329443_TBFadillahYusof.jpg)
MA63: Tuntutan berkaitan isu pendidikan Sabah masih dibincang - TPM Fadillah
Ia masih dalam perbincangan walaupun telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah No.1/2024 yang diadakan pada 26 Ogos lepas.
![Akta Laut Wilayah dan pelantar benua Sabah kekal perkara tidak boleh dirunding Akta Laut Wilayah dan pelantar benua Sabah kekal perkara tidak boleh dirunding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647224596_Sabah.jpg)
Akta Laut Wilayah dan pelantar benua Sabah kekal perkara tidak boleh dirunding
Sabah tegas untuk menolak sebarang bentuk rundingan berkaitan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA 2012) dan pelantar benua.
![MA63: Penyelesaian 11 tuntutan satu titik manis dalam sejarah Malaysia - Penganalisis MA63: Penyelesaian 11 tuntutan satu titik manis dalam sejarah Malaysia - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726348079_DrSuffianMansor.jpg)
MA63: Penyelesaian 11 tuntutan satu titik manis dalam sejarah Malaysia - Penganalisis
Ia pastinya menjadi nadi penilaian masyarakat Borneo khususnya di Sarawak, untuk bersandar harapan dan keyakinan kepada Kerajaan MADANI.
![Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629268481_RomziAtiong.jpg)
Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak
Perlu ada satu mekanisme khusus termasuk pemantauan dan kaedah pemberian dalam memastikan penyaluran dana ke Sabah dan Sarawak tidak disalahgunakan.
![MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726148780_TBFadillahYusof.jpg)
MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM
Sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.
![Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726138860_TPMSabah.jpg)
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.