Perkataan seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' yang kini muncul selari dengan perkembangan teknologi maklumat adalah relevan untuk dijadikan istilah baharu dalam Kamus Dewan, kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Zainal Abidin Borhan.
Beliau yang juga Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) berkata perkataan-perkataan itu telah menjadi sebutan ramai dan tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
"Lagi pun saya fikir tidak ada perkataan dalam bahasa Melayu yang boleh menterjemahkan istilah selfie, hashtag dan tweet dengan tepat. Oleh itu perkataan-perkataan ini adalah relevan untuk dimasukkan dalam kamus bagi orang ramai memahami maksudnya.
"Sebelum ini pun istilah 'computer' sudah diterjemah menjadi komputer dalam bahasa standard," katanya.
Sebelum ini Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr Awang Sariyan mengumumkan perkataan seperti itu akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan.
Selfie merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri mengunakan telefon pintar untuk dimuat naik ke laman sosial.
Hashtag pula merujuk kepada simbol # yang digunakan pengguna Twitter untuk menandakan kata kunci atau topik hangat bagi memudahkan pencarian dalam kalangan pengguna laman sosial manakala Tweet merujuk kepada status yang diletakkan pengguna Twitter dalam laman sosial.
Zainal Abidin berkata meletakkan perkataan seperti itu dalam kamus utama bahasa Melayu tidak akan menjejaskan ketulenan bahasa Melayu malah akan lebih memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu.
"Kita telah lama gunakan perkataan pinjaman dari bahasa lain ke dalam bahasa Melayu seperti almari daripada bahasa Potugis, abjad daripada bahasa Arab dan biskut daripada bahasa Inggeris," katanya.
Namun bekas pengarah akademi pengajian Melayu dari Universiti Malaya ini berkata selain menggunakan perkataan pinjaman, dialek masyarakat Melayu yang boleh digunakan untuk menerangkan perkataan-perkataan itu dengan tepat perlu dicari terlebih dahulu.
Bernama
Wed May 28 2014
Perkataan-perkataan itu telah menjadi sebutan ramai dan tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Tanda pagar #DaruratBanjir satukan rakyat Malaysia hadapi bencana - Twitter Asia Tenggara
Menurut Twitter Asia Tenggara, tanda pagar #DaruratBanjir telah menyumbang dalam usaha sama rakyat Malaysia menangani krisis nasional tidak kira bangsa dan agama.
Tanda pagar #covid19 jadi pilihan rakyat Malaysia di Twitter
Hashtag (tanda pagar) #covid19 menjadi pilihan pengguna Twitter di Malaysia susulan penguatkuasaan kawalan pergerakan terutamanya larangan merentas negeri, sebelum ini.
Hashtag #WeBelangTogether dikatakan 'comel gila'. Bagaimana ia tercipta?
Akhir-akhir ini, ketika penghujung saingan Piala AFF Suzuki 2018, kita sering terdengar atau terlihat di media sosial, hashtag #WeBelangTogether.
TOP 5: Sembang -sembang hangat di Twitter menjelang PRU14
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disebut-sebut sebagai ibu kepada segala pilihan raya.
Hashtag #BeStrongPM muncul di media sosial
Hashtag #BeStrongPM mula trending sejak tengah hari tadi, antaranya disertai mesej ringkas menyokong pemimpin nombor satu negara.
Selfie, hashtaq dan tweet tidak jejas ketulenan bahasa Melayu - Tokoh Akademik
Perkataan seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' yang kini muncul selari dengan perkembangan teknologi maklumat adalah relevan untuk dijadikan istilah baharu dalam Kamus Dewan.
Selfie, hashtag dan tweet muncul dalam Kamus Dewan
Perkataan itu akan diberi tanda 'bp' iaitu bahasa percakapan yang dilabel pada perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard.
2013: Topik hangat media sosial sepanjang tahun
Hashtag isu-isu semasa seperti #PRU13 dan #MYhaze terus mendapat perhatian kerana Twitterjaya inginkan berita dan info terkini.
Facebook menggunakan stail hashtag Twitter
Facebook bersedia menandingi Twitter dengan mengaplikasikan simbol ikonik perkhidmatan mesej hashtag, The Wall Street Journal melaporkan pada Selasa lalu.