KANGAR: Seorang operator sampan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini atas pertuduhan terbabit dalam penyeludupan dua migran warga Myanmar di Kuala Perlis pada Disember lalu.
Tertuduh, Mahmud Sulaiman, 51, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mahmud sebagai operator sebuah sampan tanpa pendaftaran didapati terbabit dalam penyeludupan migran warga Myanmar iaitu Wey Yan, 15, dan kakaknya, Pan Par, 20 di perairan Sungai Kuala Perlis, sekitar jam 9.20 malam, 24 Disember tahun lalu.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum mengikut Seksyen yang sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun serta denda atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, tertuduh juga boleh dikenakan perintah lucut hak terhadap sampan tanpa nombor pendaftarannya bersama enjin model Suzuki.
Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshuhada Mohd Yatim manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Shaqira Ibrahim.
Mahkamah menetapkan 8 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, dalam kes berkaitan juga, mahkamah menangguhkan pertuduhan terhadap dua beradik pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ke 3 Februari ini.
Penangguhan itu bertujuan untuk memberi masa kepada mahkamah untuk melantik seorang jurubahasa Myanmar sebagai penterjemah kepada tertuduh.
Ketika prosiding mahkamah, tiada pertuduhan dibacakan kepada tertuduh, Wey Yan dan Pan Par.
Kedua-duanya juga tidak diwakili peguam.
Astro Awani
Tue Jan 04 2022

Seorang operator sampan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini atas pertuduhan terbabit dalam penyeludupan dua migran warga Myanmar di Kuala Perlis pada Disember lalu. - Gambar Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Dua pegawai kanan imigresen bebas pertuduhan seludup migran
Mahkamah melepas dan membebaskan dua pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Johor daripada pertuduhan menyeludup lapan migran.

10 lelaki didakwa seludup 35 warga Indonesia
Seramai 10 lelaki didakwa atas pertuduhan secara bersama memperdagangkan 35 warga Indonesia termasuk kanak-kanak.

Empat pegawai imigresen ditahan disyaki terlibat seludup migran
Pegawai berkenaan bersuhabat menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing itu bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi.

SOSMA: Kontraktor gagal dapat jaminan
Tertuduh gagal dalam permohonanya untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan kesnya.

Seludup migran: Lima individu termasuk ASP dan Koperal dituduh di mahkamah
Lima individu termasuk seorang pegawai polis berpangkat ASP dan Koperal didakwa atas kesalahan menyeludup 119 migran Myanmar.

Pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand dianggap 'tekong darat' jika seludup migran
Mana-mana pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dianggap sebagai 'tekong darat' sekiranya mereka dikesan terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang haram.

Seludup migran, operator sampan dituduh di mahkamah
Mahmud Sulaiman dituduh terbabit dalam penyeludupan dua migran warga Myanmar di Kuala Perlis pada Disember lalu.

Bekas kakitangan kerajaan dan kenalan didakwa seludup warga Indonesia
Jafperi Noor dan Rohani masing-masing mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Dua etnik Rohingya dihukum penjara seludup migran Myanmar tahun lepas
Kedua-duanya yang merupakan ejen sindiket penyeludupan manusia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.