KOTA BHARU: Saman melibatkan pemandu warga asing yang menggunakan kenderaan tempatan di negeri ini semakin membimbangkan terutama di kawasan bandar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, kira-kira lima notis saman dikeluarkan setiap bulan melibatkan golongan itu.
Menurut beliau, antara kes yang dikesan ialah majikan membenarkan pekerja menggunakan kenderaan mereka, penduduk tempatan menyewakan kenderaan dan ada yang menjualnya kepada warga asing.
"Pembelian itu tidak mempunyai rekod dan tiada pertukaran nama pemilik," katanya kepada pemberita selepas Ops Khas Ambang Tahun Baru 2023 Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan di Jalan Pasir Hor, di sini, pada Sabtu.
Mohd Misuari turut mengingatkan pemilik kenderaan bertanggungjawab dengan tidak meminjam dan disewakan kepada warga asing.
Tambah beliau, sepanjang tahun lalu, jabatan itu juga mengeluarkan 343 notis saman kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyita kenderaan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita bimbang tindakan mereka akan merisikokan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain," katanya.
Justeru katanya, JPJ akan melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan supaya pengguna patuh kepada undang-undang yang ditetapkan.
Beliau memberitahu, tahun 2023 sebagai tahun penguatkuasaan dan sentiasa akan ada operasi secara tetap dan berkala
Sementara itu, beliau berkata, Ops Khas Ambang Tahun Baru 2023 dilaksanakan serentak di Machang dan Gua Musang yang turut melibatkan 100 pegawai dan anggota daripada Jabatan Imigresen negeri dan Polis Diraja Malaysia.
Operasi enam jam bermula 8 malam itu memeriksa 420 kenderaan melibatkan 323 notis saman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita juga menyita 11 motosikal, tiga kereta termasuk sebuah kereta klon.
"Operasi dijalankan ke atas kenderaan persendirian yang tidak mematuhi Akta JPJ 1987 serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya.
Tahun lalu JPJ Kelantan memeriksa kenderaan sebanyak 187,424 dan daripada jumlah itu 31,031 sudah diambil tindakan manakala 71,025 notis saman dikeluarkan selain 254 kenderaan disita. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 01 2023

Mohd Misuari (tengah) memeriksa lesen pemandu dalam Ops Khas Ambang Tahun Baru 2023 Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan di Jalan Pasir Hor, pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Semakin ramai warga asing dikesan memandu tanpa lesen
Saman melibatkan pemandu warga asing yang menggunakan kenderaan tempatan di negeri ini semakin membimbangkan terutama di kawasan bandar.