KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman sah diijabkabul dengan jejaka pilihan hati beliau, Muhammad Edrin Nordin hari ini.
Muhammad Edrin atau lebih dikenali sebagai Edrin Furtado merupakan seorang Eksekutif Pengiklanan.
Kedua-kedua mempelai sama cantik sama padan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan tanda penyatuan hati di Bentong, Pahang, pada Februari lepas.
“Syukur Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan kami,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Difahamkan majlis pernikahan itu dilakukan secara sederhana di Wisma Selangor Dredging 11 pagi tadi, dengan jumlah kehadiran yang bersesuaian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.
Sebahagian upacara akad nikah turut disiarkan secara langsung di Instagram rasmi Young Syefura, dan rata-rata netizen memuji keayuan ahli politik berusia 32 tahun itu yang mengenakan busana serba putih.
"Alhamdulillah, sangat bersyukur dan lega majlis berlangsung dgn sempurna seperti yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yg membantu secara langsung atau tidak.
"Semoga perkahwinan ini bahagia sampai syurga," katanya lagi.
Ini merupakan perkahwinan kedua Rara yang pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus pelaburan pada tahun 2016.
Mengulas lanjut Rara berkata, perubahan status itu tidak akan menjejaskan fokusnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
"Suami saya seorang yang sangat memahami tanggungjawab saya sebagai Adun malah sentiasa menyokong segala usaha saya dalam membantu penduduk di Dun Ketari," katanya lagi.
Hakim Rahman, Firdaus Azil
Sat Apr 10 2021
![Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618044536_youngsyefura.jpg)
Teka teki status perkenalan Rara dengan seorang Eksekutif Pengiklanan akhirnya terjawab selepas mereka selamat diijabkabulkan- Foto Twitter @youngsyefura
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704257934_TBMOHDFAREDMOHD.jpg)
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
![Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355908_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
66 wilayah Thailand menghadapi kualiti udara berbahaya
Sebanyak 66 daripada 76 wilayah di Thailand diselubungi dengan tahap pencemaran habuk yang tidak selamat pada pagi Rabu, dengan jerebu terburuk menyelubungi Greater Bangkok.
![Banjir puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup Banjir puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700995061_Jalantutup.jpg)
Banjir puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
Jalan Persekutuan FT68 iaitu Jalan Lama Gombak-Bentong bagi Seksyen 43.00 ke 43.40 dan Jalan Pintasan Bukit Tinggi Seksyen 1.98 hingga 2.58 di Bentong dekat sini, ditutup.
![PRU15: Dah la cantik, berkarisma ... boleh menang tak? PRU15: Dah la cantik, berkarisma ... boleh menang tak?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667887875_calonwanitamuda.jpg)
PRU15: Dah la cantik, berkarisma ... boleh menang tak?
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan ramai muka baharu dipertaruhkan parti-parti politik selain yang memilih untuk bertanding atas tiket Bebas.
![Perhimpunan: Institusi penguatkuasa rosak akibat pihak atasan - ADUN Ketari Perhimpunan: Institusi penguatkuasa rosak akibat pihak atasan - ADUN Ketari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643367439_Youngsyefura.jpg)
Perhimpunan: Institusi penguatkuasa rosak akibat pihak atasan - ADUN Ketari
DUN Ketari itu hadir ke IPD Brickfileds bagi memberikan keterangan berhubung penglibatannya terhadap himpunan #TangkapAzamBaki pada Sabtu lalu di sekitar ibu kota.
![Kuota mandatori jantina: Kenapa tidak letak dalam bentuk peratus? - Young Syefura Kuota mandatori jantina: Kenapa tidak letak dalam bentuk peratus? - Young Syefura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609401588_youngsyefura.jpg)
Kuota mandatori jantina: Kenapa tidak letak dalam bentuk peratus? - Young Syefura
Young Syefura berpendapat nilai dalam bentuk peratusan lebih memberi gambaran yang jelas.
![Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618044536_youngsyefura.jpg)
Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara
Teka teki status perkenalan Rara dengan seorang Eksekutif Pengiklanan akhirnya terjawab selepas mereka selamat diijabkabulkan.
![Gambar tular berkelah ketika PKPB, ADUN Ketari mohon maaf, rela disiasat Gambar tular berkelah ketika PKPB, ADUN Ketari mohon maaf, rela disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604978540_YoungSyefura.jpg)
Gambar tular berkelah ketika PKPB, ADUN Ketari mohon maaf, rela disiasat
Gambar tular menunjukkan Young Syefura berkelah di tepi pantai berhampiran Sepang bersama empat individu lain kemudiannya dipadam di media sosial.
Podcast Realiti Rakyat: Kehidupan rakyat di Ketari
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi Pandemik Covid-19.
![Tujuh calon muda terima Dana Sinar Tujuh calon muda terima Dana Sinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525495138_CalondanaSinar.jpg)
Tujuh calon muda terima Dana Sinar
Tujuh calon anak muda yang bertanding pada PRU14 ini menerima Dana Sinar Anak Muda Dalam Politik yang dilancarkan Sinar Harian 9 April lalu.