PASIR PUTEH: Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan yang berlaku di negara jiran itu di Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, tengah malam semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ini kerana kejadian berkenaan tidak melibatkan warga tempatan dan buat masa ini pihaknya mengambil langkah memperketatkan kawalan keluar masuk kenderaan di sempadan.
"Polis bersama beberapa agensi penguat kuasa lain yang bertugas di pintu masuk sempadan melakukan pemeriksaan ketat setiap kenderaan yang keluar masuk sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cinta dan Air Mata Peringkat Kebangsaan di Jeram Mengaji, di sini, hari ini.
Beliau turut menasihati orang ramai yang ingin ke Sungai Golok agar berwaspada dan menjaga keselamatan diri.
Sementara itu, tinjauan Bernama di pekan Rantau Panjang hari ini mendapati rata-rata peniaga melakukan aktiviti jual beli seperti biasa dengan membuka kedai seawal 9 pagi.
Seorang peniaga pakaian, Ikmal Abdul Ghani, 35, berkata kejadian itu tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan di pekan itu.
"Semalam ada gegaran beberapa minit namun kejadiaan ini sudah menjadi kebiasaan kepada kami kerana kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku di sana (Selatan Thailand)," katanya.
Ikmal berkata pelanggan datang ke premisnya seperti biasa dan pergerakan keluar masuk rakyat berkemungkinan terbatas kerana kawalan ketat pasukan keselamatan dari kedua-dua negara selepas kejadian itu.
Pembantu kedai runcit Mohd Fazli Mat Rifin, 23, berkata beliau yang tinggal di Kampung Cabang Empat Salam turut merasai gegaran letupan bom itu.
"Kedai kami beroperasi seperti biasa dan tidak memberi kesan kepada peniaga di sini, mungkin hari ini tidak ramai pelanggan kerana hari bekerja. Keadaan masih selamat namun beberapa pangkalan haram di sekitar Sungai Golok ditutup," katanya.
Semalam, Polis Diraja Malaysia mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tersebut yang mengakibatkan empat anggota keselamatan Thailand cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
![Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714468208_penyeludupbahanapi.jpg)
Kejadian letupan di sebelah Thailand tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan di Rantau Panjang. - Gambar fail
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing, dan kunjungan itu dibolehkan
Beliau berkata umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing, dan kunjungan itu dibolehkan
PETROS sumbang RM2 Juta, bantu mangsa banjir di Sarawak
Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menyumbang 2 juta ringgit bagi menyokong usaha berterusan membantu penduduk yang terjejas banjir yang melanda Sarawak.
![CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738922820_TBTHAIPUSAM.jpg)
CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi amal digesa mengurangkan saiz makanan percuma yang akan diedarkan semasa sambutan Thaipusam pada 11 Feb ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran.
Tiada lagi PPS aktif di empat bahagian di Sarawak
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan tiada lagi PPS aktif di empat bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian dan Betong.
Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
Daerah Beaufort dan Tambunan masing-masing diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.
Pantau Agenda Reformasi: Rancangan Trump untuk Gaza melampaui batas?
Bersama Mohd Asyraf Mohd Farique, Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute membincangkan tentang rancangan Trump untuk Gaza melampaui batas.
![Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911973_TBKhlongHae.jpg)
Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.
![Ibu Zayn Rayyan jerit ini salah mommy - Saksi Ibu Zayn Rayyan jerit ini salah mommy - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738926057_ZaynRayyan.jpg)
Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".
ASEAN 2025 | 7 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738925130_ZeconSolar.jpg)
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).
![Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738649586_tbRazarudinHusain.jpg)
Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.
![Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736827149_Penyanyiwanita.jpg)
Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.
![Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732948984_TBMohdYusoffMamat.jpg)
Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
Suspek lelaki berumur 24 tahun dari Kelantan dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos.
![Kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand terkawal - Polis Kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand terkawal - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736140796_MohdYusoffMamat.jpg)
Kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand terkawal - Polis
Polis telah menahan tujuh individu kerana merentas secara haram dan mereka dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963.
![Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736060287_DadahSungaiGolok.jpg)
Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.
![63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS 63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735867460_banjirRantauPanja.jpg)
63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS
Seramai 36 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kekal seperti semalam.
![TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735041771_penangkapanPendatan.jpg)
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
![Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734489436_Tigaditangkapguna.jpg)
Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok
Tindakan tiga lelaki tersebut telah melanggar arahan keluar masuk Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram.
![Empat individu termasuk dua rakyat Malaysia ditahan seberang Sungai Golok secara haram Empat individu termasuk dua rakyat Malaysia ditahan seberang Sungai Golok secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733649742_AyobKhanPasirMas.jpg)
Empat individu termasuk dua rakyat Malaysia ditahan seberang Sungai Golok secara haram
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan selepas disyaki menyeberang sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, semalam.
![PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733645613_tbAyobKhanMydin.jpg)
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.