KOTA KINABALU:Kerajaan Negeri Sabah mewajibkan syarikat perladangan di negeri ini untuk membuat saringan COVID-19 keatas semua pekerja ladang.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun, menerusi sidang media berkata demikian susulan penemuan dua kluster baharu (Kluster Ladang Baturong, Kunak dan Kluster Ladang Matamba, Lahad Datu) melibatkan ladang yang dikesan pada Jumaat.
Beliau yang juga Jurucakap COVID-19 Sabah itu turut menegaskan agar semua pengusaha ladang menyediakan fasiliti kesihatan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di ladang masing-masing atas dasar tanggungjawab sosial dan kebajikan pekerja.
"Gerakan secara besar-besaran telah dilakuan untuk membuat saringan di semua estet atau ladang dengan kerjasama PERKESO.
"Kerana itu, lebih banyak saringan telah dibuat di lapangan dan ini telah menyumbang kepada jumlah kes yang telah diperolehi," kata beliau.
Kerajaan negeri turut bersetuju untuk menyediakan peruntukan tambahan untuk penyediaan bakul makanan, berdasarkan senarai yang dipersetujui di setiap daerah.
Selain itu, kilang-kilang tepung di negeri ini dibenarkan untuk beroperasi selama 24 jam, namun perlu mematuh kepada SOP yang ketat dan tidak boleh lebih 50 peratus pekerja daripada jumlah pekerja keseluruhan.
Sabah pada Jumaat telah merekodkan 514 kes positif COVID-19 baru dengan dua kes kematian telah direkodkan, di Putatan dan Kota Kinabalu.
Statisik pematuhan SOP menujukkan penurunan, iaitu 93 peratus, berbanding 93.5 peratus yang direkodkan kelmarin.
Kluster Ladang Baturong merekodkan 54 kes positif, manakala Kluster Ladang Matamba melaporkan 20 kes positif dan pengesanan kontak masih giat dijalankan.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Jan 15 2021

Masidi berkata, kerajaan negeri turut bersetuju untuk menyediakan peruntukan tambahan untuk penyediaan bakul makanan berdasarkan senarai dipersetujui di setiap daerah. - BERNAMA

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Jalan Keningau-Tenom ditutup susulan tanah runtuh - JKR Sabah
Jalan Keningau-Tenom di Kilometer 151.950/142.250 ditutup bermula hari ini atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.

Wanita parah dihempap lantai restoran runtuh
Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Sabah laksana pelbagai inisiatif tangani masalah bekalan air - Shahelmey
Ia termasuk pembinaan projek LRA Kasigui bagi meningkatkan bekalan air di Putatan serta sebahagian kawasan selatan Kota Kinabalu.

Keputusan rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 akan diketahui esok.

Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman itu.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.