SHAH ALAM: Rebat pengangkutan sebanyak RM20 bagi tujuan perjalanan mendapatkan suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) kini dibuka kepada semua penerima vaksin berusia 18 tahun ke atas di Selangor.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata penyediaan pemberian rebat bagi perkhidmatan e-panggilan Grab itu memberi manfaat kepada hampir 50,000 individu dengan peruntukan RM1 juta.
"Tidak sebagaimana yang saya umumkan pada 9 Jun lalu (menerusi Pakej kita Selangor 2.0) bahawa ia terhad kepada mereka berusia 50 tahun ke atas...kini rebat pengangkutan telah dibuka kepada semua rakyat Selangor yang layak mendapatkan vaksin," katanya dalam laman Facebooknya hari ini.
Amirudin berkata kaedah pemberian subsidi kos pengangkutan adalah sebanyak RM20 seorang, merangkumi kos tambang pergi dan balik dengan kadar lebih kurang RM10 bagi setiap sehala perjalanan.
Permohonan rebat pengangkutan Grab itu boleh dibuat menerusi laman platselangor.com dan Inisiatif MBI Bisnes Amal dengan maklumat cara menggunakan diskaun rebat akan dimaklumkan kepada pemohon.
Pendaftaran bagi rebat tersebut telah dibuka 20 Jun lalu dan tempoh perjalanan sah adalah bermula 1 Julai hingga 30 Sept ini di mana ia boleh digunakan di 40 PPV terpilih di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 06 2021

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata penyediaan pemberian rebat bagi perkhidmatan e-panggilan Grab itu memberi manfaat kepada hampir 50,000 individu dengan peruntukan RM1 juta. - Foto BERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Semua penerima vaksin di Selangor dapat rebat pengangkutan RM20 ke PPV - MB
Rebat pengangkutan sebanyak RM20 bagi tujuan perjalanan mendapatkan suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) kini dibuka kepada semua penerima vaksin berusia 18 tahun ke atas di Selangor.