KOTA BELUD: Kunjungan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Pekan Nabalu dekat sini, nyata menggembirakan peniaga dan pengunjung di pekan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu itu.
Kunjungan Tunku Azizah bersempena dengan Kembara Kenali Borneo itu ternyata sangat ditunggu-tunggu para peniaga dan masyarakat setempat di kawasan itu yang terletak 75 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu dengan tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar dengan Seri Paduka.
Keterujaan dan kegembiraan peniaga dan pengunjung Pekan Nabalu itu jelas terserlah pada wajah-wajah mereka sehingga ada dalam kalangan mereka termasuk seorang peniaga buah-buahan, Deulin Pangundar tanpa sedar menitiskan air mata kerana terlalu terharu dengan keperibadian Seri Paduka yang amat mesra rakyat.
Bahkan, wanita berusia 65 tahun dari etnik Dusun itu, benar-benar tidak menyangka dapat bersalaman serta beramah mesra dengan Tunku Azizah malah Seri Paduka turut bergurau senda mengusiknya yang kuat melatah.
Bercakap kepada Bernama, Deulin menyifatkan keperibadian dimiliki Tunku Azizah sangat peramah dan mesra rakyat tanpa membezakan martabat Seri Paduka sebagai Raja Permaisuri di negara ini.
"Permaisuri beramah mesra dengan saya seperti orang biasa. Saya ini orang kampung di bahagian hulu tetapi Permaisuri boleh memahami dan saya boleh rasa (keperibadian mesra rakyat Tunku Azizah). Saya tidak sedar apa saya cakap (semasa melatah) dan lepas itu ada perasaan malu pula.
"Tidak tahu apa sahaja yang keluar di mulut saya ketika itu. Jadi, saya minta maaf betul-betul (benar-benar minta maaf) kepada Tuanku Permaisuri...tadi Permaisuri usik saya untuk menari dan saya pun menari," kata penduduk dari Kampung Taginnabur, Kota Belud itu.
Berkongsi perasaannya lagi, Deulin berkata berpeluang bertemu Tunku Azizah secara bersemuka membuatkan perasaannya amat teruja dan sangat gembira sehingga tidak terkata.
"Sungguh luar biasa, gembira betul-betul (sangat gembira).Saya bersyukur betul-betul (sangat bersyukur) dan saya berharap Permaisuri atau Agong (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) nampak keadaan sebenar di Sabah khasnya bangsa Dusun iaitu antara Orang Asal di negeri ini.
"Saya harap Agong dan Permaisuri akan datang ke sini lagi," kata warga emas itu.
Sementara itu, seorang lagi peniaga kraf tangan Dulia Dasim, 60, menzahirkan perasaan gembira dan teruja untuk berjumpa dengan pasangan diraja berkenaan.
"Saya berniaga hampir 25 tahun di sini dan ini kali pertama pasangan diraja datang melawat kami di sini...sudah semestinya ini hari yang kami tunggu-tunggu, apabila lihat sambutan yang dilakukan di Tawau baru-baru ini...kami di sini pun tidak mahu kalah," katanya yang menetap berhampiran pekan berkenaan.
Seorang lagi peniaga sayur-sayuran Anduh Bailun, 67, dari Kampung Pantok Kiulu berkata sepatutnya hari tamu (pasar mingguan) di Pekan Nabalu adalah esok, namun beliau datang hari ini semata-mata untuk berjumpa dengan Seri Paduka.
"Kami gembira kerana Pekan Nabalu dipilih sebagai lokasi dilawati dalam Kembara Kenali Borneo. Kalau boleh saya juga mahu bersalaman dan bergambar dengan Agong...inilah masanya, bila lagi kita ada peluang untuk berjumpa dengan pasangan diraja," katanya yang berniaga di tempat itu sejak 30 tahun lepas.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah dijadual bergerak untuk meneruskan Kembara ke Kota Kinabalu hari ini.
Seri Paduka berdua kini berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyantuni para peniaga dan masyarakat setempat ketika membuat lawatan ke Pekan Nabalu Pekan Nabalu sempena Kembara Kenali Borneo hari ini. - Foto Bernama
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.