SHAH ALAM: Pemandu sengaja perlahankan lori yang membawa lebih muatan semasa diiring anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ke lokasi timbang bagi melengahkan masa penguatkuasaan yang dilakukan.
Itu antara cabaran yang ditempuh pasukan operasi semasa Op Khas Lebih Muatan di beberapa lokasi panas di Lebuhraya Persekutuan, Saujana Putra, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Batu 9 Cheras pada Khamis.
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi dijalankan bermula kira-kira jam 12.15 tengah malam hingga jam 9 pagi itu diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Selangor, Mazlini Yusof.
Menurutnya, lapan lori membawa muatan batu dan pasir melebihi had telah dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
"Selain itu, hasil pemeriksaan 25 buah lori sepanjang operasi ini turut bertindak mengeluarkan 36 saman atas pelbagai kesalahan lain iaitu tiada lesen memandu kompeten (CDL), CDL dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan lain-lain," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Mengulas mengenai alasan diberi pemandu kerana membawa muatan berlebihan, beliau berkata, pemandu mendakwa 'tauke' mereka akan selesaikan saman jika gagal patuhi notis arah timbang.
"Semasa operasi ini, lori lebih muatan ini sengaja dipandu perlahan ketika diiring anggota JPJ ke lokasi timbang.
"Mereka sengaja kerana mahu melengahkan masa anggota operasi menjalankan tugas," ujarnya.
Tambahnya, untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan. - SInar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 22 2023
Antara lori yang diperiksa semasa Op Khas Lebih Muatan di sekitar Selangor pada Khamis. - Foto JPJ Selangor
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.
'Sengaja sukarkan JPJ, pandu perlahan ketika diarah timbang'
Lapan lori membawa muatan batu dan pasir melebihi had telah dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.