MELAKA: Aspek seni dan budaya merupakan 'jambatan' menghubungkan warisan antara Melaka dan Indonesia yang perlu dipertahankan bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua kerajaan yang terjalin sejak sekian lama.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelayaran Jalur Rempah yang dilaksanakan kerajaan Indonesia dilihat pendekatan terbaik ke arah usaha berkenaan dan kerajaan negeri bercadang meneruskan inisiatif itu.
"Selepas ini, Melaka mungkin boleh menghantar delegasi ke Indonesia untuk menyambung silaturahim ini supaya kita tidak terputus di sini sahaja.
"Kita melihat hubungan ini mesti diteruskan kedua-dua hala, jadi 'laskar rempah' dari Melaka akan dihantar menerusi pelayaran Jalur Rempah Fasa Dua ke Indonesia bagi meneruskan usaha berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Malam Program Muhibah Budaya Jalur Rempah Melaka yang turut dihadiri Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, lebih banyak program seni dan budaya melibatkan kedua-dua kerajaan akan dilaksanakan sekali gus menjadi satu daripada daya tarikan pelancongan baharu di Melaka.
Pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah menggunakan Kapal Republik Indonesia (KRI) Dewaruci yang membawa 120 'laskar rempah' terdiri daripada wartawan, penulis, penyelidik dan pemain industri kebudayaan dari negara itu, tiba kira-kira 10 pagi di Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, pada Ahad.
Pelayaran tersebut kali ketiga diadakan sejak 2020 dengan Melaka merupakan destinasi persinggahan pelayaran pertama di luar Indonesia dan kumpulan itu akan berada di sini selama empat hari sehingga esok.
Pelayaran itu bermula pada 7 Jun lepas dan melalui tujuh titik Jalur Rempah bermula di Jakarta, Belitung Timur, Dumai dan Sabang di Indonesia sebelum berlayar ke Melaka di Malaysia dan meneruskan semula perjalanan ke Tanjung Uban, Lampung dan Jakarta.
Melaka menjadi destinasi pertama persinggahan pelayaran misi Jalur Rempah di luar Indonesia ekoran hubungan sejarah yang panjang antara kedua-dua kerajaan itu.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Ab Rauf (tengah) bertukar cenderamata dengan Hermono (kanan) pada Majlis Makan Malam Program Muhibah Budaya Jalur Rempah Melaka, malam tadi. - Foto Instagram/Ab Rauf

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Seni, budaya ‘jambatan’ hubungkan warisan Melaka, Indonesia
Pelayaran Jalur Rempah yang dilaksanakan kerajaan Indonesia dilihat pendekatan terbaik ke arah usaha menghubungkan warisan antara dua negara.