KUANTAN: Seni mempertahankan diri pelbagai bangsa di Malaysia akan diperkenalkan dengan lebih giat di pentas antarabangsa menerusi Program Diplomasi Bahasa dan Budaya.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata pelaksanaan program itu melibatkan kerjasama pihak berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).
"Ada banyak keunikan seni mempertahankan diri warisan bangsa yang ingin disebar luas dan dikongsi di pentas antarabangsa.
"Kita akan bermula dengan klip video supaya semua 107 pejabat perwakilan boleh memainkan video tersebut pada program yang berlangsung di situ.
"Selain seni mempertahankan diri, turut dilibatkan ialah seni budaya seperti tarian tradisional pelbagai kaum di Malaysia," katanya pada sidang media sempena Program 'Familiarisation Visit for Diplomatic Corps' di sini, semalam.
Saifuddin berkata sebagai permulaan, sebuah program akan diadakan di Frankfurt, Jerman pada 1 Okt ini yang melibatkan siri ceramah dan sidang meja bulat berkaitan kerukunan hidup dalam budaya damai, seni tari dari Sarawak dan persembahan makanan oleh chef selebriti, terkenal, Datuk Chef Ismail atau nama sebenar Ismail Ahmad.
Program itu diadakan dengan kerjasama MOTAC dan kerajaan negeri Sarawak, disusuli dengan siri ceramah dan perbincangan meja bulat yang dijadualkan di beberapa buah universiti di Frankfurt dan Berlin.
Mengulas mengenai Program 'Familiarisation Visit for Diplomatic Corps', Saifuddin berkata ia merupakan program lawatan Kementerian Luar yang diadakan setiap tahun bagi memperkenalkan keunikan dan kelebihan negeri di Malaysia, selain membuka peluang jalinan kerjasama dengan kerajaan negeri.
Program di Pahang selama tiga hari bermula semalam, melibatkan 31 peserta mewakili 19 kedutaan asing iaitu 18 Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar pelbagai negara yang akan dibawa melawat antaranya ke Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan.
Mereka juga akan dibawa ke menara kedua tertinggi di Malaysia, Kuantan 188 yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandar raya Kuantan selain akan turut mendengar taklimat ekonomi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022
Saifuddin dan isteri beramah mesra dengan sebahagian duta asing pelbagai negara yang hadir pada Majlis Malam Gemilang Pahlawan Bangsa Harimau sempena Program Familiarisation Visit for Diplomatic Corps di Kuantan malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok
Sukan mempertahankan diri kembali menjadi tumpuan apabila mempertaruhkan 32 daripada keseluruhan 78 pingat emas yang ditawarkan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok.
Pernah jadi mangsa buli, Andy Teh mula belajar taekwondo ketika usia 10 tahun
Andy juga turut bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan menggerakkan kempen antibuli di sekolah sekitar Selangor.
Seni mempertahankan diri pelbagai bangsa akan dibawa ke pentas antarabangsa
Sebagai permulaan, sebuah program akan diadakan di Frankfurt, Jerman pada 1 Okt ini, melibatkan siri ceramah dan sidang meja bulat.
Persatuan Kendo Malaysia terima anugerah penghargaan Menteri Luar Jepun
Ia sebagai mengiktiraf usaha dan komitmen dalam memperkenal dan mempopularkan Kendo, seni mempertahankan diri Jepun di Malaysia selama lebih lima dekad.
'Ip Man' Donnie Yen bakal muncul dalam 'John Wick 4'
Donnie akan memegang watak sebagai rakan lama John Wick (Keanu Reeves) yang berkongsi sejarah dan juga musuh yang sama.
'Andai hukuman ini mampu hapuskan dosa, saya orang yang beruntung' - Banduan
Ahmad mengalirkan air mata kerana mengenang pesan terakhir ibunya supaya jangan meninggalkan solat dan sentiasa membaca al-Quran.
Fight For Change: Satu perjuangan untuk sukan MMA, pengamal media
Demi memperjuangkan nasib media tempatan, seorang wartawan dan juga editor sanggup 'mengambil risiko' bertarung dengan atlet MMA profesional.
Tiada pertaruhan angka kutipan, Adrian Teh harap penonton terima baik filem 'Wira'
Selepas kejayaan filem Paskal The Movie, pengarah tersohor, Adrian Teh menaruh sebuah lagi filem bergenre aksi bertajuk Wira.
Izat Zaki wakil tunggal negara ke acara Lethwei antarabangsa
Rakyat Malaysia amat dekat dengan sukan tempur atau seni mempertahankan diri seperti silat, taekwondo mahupun Muay Thai.
'Lihat MMA sebagai sukan, sebagai seni' - Penganalisis
Penganalisis sukan Haresh Deol berkata MMA merupakan satu sukan dan seni yang mengajar pengamalnya tentang disiplin dan hormat menghormati.