IPOH: Perniagaan pembuatan kraftangan senjata tradisional Melayu mungkin bukan sesuatu yang popular atau mendapat sambutan yang menggalakkan di dalam dunia yang semakin canggih dan kepantasan peredaran teknologi masa kini.
Namun, bidang ini adalah antara sumber rezeki buat dua sahabat baik anak jati Perak, Mohd Imran Hadiri, 35 tahun, dan Ahmad Ridwan Yaakub, 49 tahun, yang mengusahakan perniagaan pembuatan kraftangan senjata tradisi Melayu yang diwarisi, sejak beberapa tahun lepas.
Bernaung di bawah nama Pusaka Melayu atau Aidil Craft, dua sahabat baik ini berkongsi kemahiran menghasilkan pelbagai kraftangan pertukangan besi seperti kerambit, sundang, tombak, keris dan pedang yang menjadi punca pendapatan utama meskipun negara dilanda penularan wabak COVID-19.
Mohd Imran yang juga Pengurus Pusaka Melayu berkata mereka tidak menggunakan sebarang mesin canggih dalam proses penghasilan kraftangan senjata tradisi itu sebaliknya menggunakan kudrat tenaga sepenuhnya di bengkel tersebut.
"Bermula daripada proses membakar besi di ketuhar arang tradisional dengan suhu setinggi 10,000 darjah Celcius, mengetuk lenturan besi, sepuh air (proses pengerasan besi) dan mencanaikan bilahan tersebut kesemuanya menggunakan tangan.
"Kami mengekalkan ciri-ciri tradisional kerana senjata ini merupakan lambang budaya kita," katanya ketika ditemui Bernama di bengkelnya di Jalan Simpang Pulai-Kampung Pengkalan Pegoh, kira-kira sembilan kilometer dari pusat Bandaraya Ipoh.
Menyentuh mengenai tempahan, Ahmad Ridwan sebagai tukang besi Pusaka Melayu yang menawarkan kualiti serta harga produk yang berpatutan berkata pihaknya menerima tempahan termasuk dari istana selain pelanggan dari luar negara seperti Switzerland, Perancis, Singapura dan Indonesia
"Kami menerima tempahan sebanyak 20 bilah tombak istana dari Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, April yang lepas dan penghasilan tombak istana itu mempunyai seni reka unik tersendiri.
"Setelah menghasilkan tombak istana yang pertama dan dipersembahkan di hadapan Sultan Perak, baginda telah berkenan dengan hasil kerja kami. Tombak istana yang dihasilkan mempunyai keistimewaan tersendiri. Antaranya mata bilah bagi tombak ini ditempah agar tidak terlalu tajam dan menggunakan warna keemasan untuk melambangkan Kesultanan Melayu," katanya.
Bercerita lanjut mengenai tombak istana itu, Ahmad Ridwan yang juga lepasan Institut Kemahiran MARA (IKM) Tan Sri Yahya, Pekan Pahang di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal berkata tombak istana itu berukuran tujuh kaki dan mempunyai ciri-ciri istimewa pada mata bilah hingga ke hujung tombak tersebut.
Mengenai harga, Mohd Imran berkata ia bergantung pada tempahan dan permintaan pelanggan, malah pernah menghasilkan kerambit yang bernilai RM80 sehingga ke sundang berluk yang mencecah nilai RM1,000.
"Pelanggan menempah kraftangan senjata besi mengikut kehendak mereka. Ada yang hendak kombinasi besi berbeza serta ukiran tertentu pada besi dan kayu. Ada kerambit yang kami terima mahukan ukiran naga dan ada juga yang menempah sundang dan meminta pada bilahnya ditulis surah Al-Fatihah.
"Kami akan hasilkan ikut tempahan ...istimewanya kraftangan senjata itu kerana ia mengikut identiti dan kehendak pelanggan itu sendiri. Misalnya, tempahan istana, kita proses mengikut tempahan dan bila pihak istana berpuas hati, baru tempahan tersebut kita teruskan," katanya.
Kedua-dua rakan kongsi itu memaklumkan peningkatan cita rasa pelanggan sejak lima tahun kebelakangan ini dalam memperagakan busana Melayu, telah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keunikan dan kepentingan seni budaya dan tradisi Melayu.
Justeru, meskipun ketika keadaan mencabar ketika ini, dua sahabat ini tetap gigih mengusahakan perniagaan bagi kelangsungan hidup di samping memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keistimewaan warisan senjata tradisi Melayu secara dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
![Seni pembuatan senjata tradisional masih relevan untuk raih pendapatan Seni pembuatan senjata tradisional masih relevan untuk raih pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625106914_TBTukangBesi.jpg)
Tukang besi Pusaka Melayu, Ahmad Ridwan Yaakub, mengetuk lenturan besi senjata tradisi Melayu di bengkelnya. - Foto BERNAMA
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739026624_HooChangHook.jpg)
Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.
![Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736487274_TBPARANG.jpg)
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
![Remaja perempuan tikam ibu saudara didakwa esok Remaja perempuan tikam ibu saudara didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736170835_remanremajatikam.jpg)
Remaja perempuan tikam ibu saudara didakwa esok
Remaja perempuan yang ditahan kerana menikam ibu saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Perai Jaya, Perai di sini pada Jumaat lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.
![Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734994370_tbIsraeliarmy.jpg)
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
![Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701500950_RussiaUkraineWarE.jpg)
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
![Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726106134_YusoffRawthedadah.jpg)
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.
![Kamala Harris enggan henti bekal senjata kepada Israel Kamala Harris enggan henti bekal senjata kepada Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41725071319_KamalaHarris.jpg)
Kamala Harris enggan henti bekal senjata kepada Israel
Harris menyatakan pendiriannya untuk terus menyokong Israel, namun berusaha untuk memastikan gencatan senjata dalam konflik Gaza dicapai.
![Polis jumpa senjata disyaki digunakan semasa serangan di Solingen dalam tong sampah Polis jumpa senjata disyaki digunakan semasa serangan di Solingen dalam tong sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724546528_Police.jpg)
Polis jumpa senjata disyaki digunakan semasa serangan di Solingen dalam tong sampah
Polis jumpa senjata yang disyaki digunakan dalam serangan maut di Bandar Solingen, barat Jerman dalam sebuah tong sampah.
![4 lelaki ditahan bergaduh, lepas tembakan di pusat hiburan 4 lelaki ditahan bergaduh, lepas tembakan di pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
4 lelaki ditahan bergaduh, lepas tembakan di pusat hiburan
Sekumpulan lelaki tempatan bersenjatakan pistol dan parang dilaporkan bergaduh selain turut dilaporkan melepaskan tembakan.