KUALA LUMPUR:Malaysia komited mengambil langkah-langkah yang diperlukan dalam melaksanakan kewajipan terhadap penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) yang berkuat kuasa hari ini.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, Malaysia turut menzahirkan komitmen untuk bekerjasama erat dengan negara-negara lain bagi memastikan momentum global kekal kuat terhadap pelucutan senjata nuklear.
"Malaysia percaya bahawa TPNW adalah satu surat cara antarabangsa yang mengikat secara sah, boleh dilaksanakan dan mewujudkan norma undang-undang bahawa senjata nuklear secara mutlaknya tidak boleh diterima.
"Dengan penguatkuasaan TPNW, norma global pencegahan senjata nuklear akan dapat diperkukuhkan.
"Malaysia berharap bahawa TPNW akan mengubah wacana mengenai pelucutan senjata nuklear daripada perbincangan yang dikuasai oleh negara-negara kuasa nuklear dan negara-negara bersenjata nuklear, kepada perbincangan yang lebih demokratik, saksama dan semua negara mempunyai suara yang sama penting," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jelas kementerian itu lagi, kerajaan akan terus melibatkan diri dengan masyarakat madani dalam mempromosi kesedaran, pendidikan serta wacana mengenai pelucutan senjata nuklear, khususnya berkenaan TPNW.
Sehubungan itu, Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian dan komitmen tidak berbelah bahagi negara terhadap pelucutan senjata nuklear.
"TPNW turut akan mengukuhkan lagi norma bahawa senjata nuklear tidak boleh diterima sama sekali, tidak boleh digunakan, tidak boleh diancam untuk digunakan dan perlu disingkirkan dan dihapuskan dengan kadar segera.
"Malaysia memainkan peranan utama dalam proses yang membawa kepada pemeteraian TPNW oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2017," tambah kementerian itu lagi.
Triti merupakan surat cara antarabangsa pertama yang sah mengharamkan senjata nuklear secara komprehensif, dan berkuatkuasa selepas memperoleh pengratifikasian ke-50 pada 24 Oktober 2020 yang lalu.
Triti telah dimeterai di PBB pada 7 Julai 2017, yang melarang segala aktiviti berkaitan dengan senjata nuklear.
Larangan ini termasuk pembangunan, pengujian, pembuatan, perolehan, pemilikan, penyimpanan,penempatan dan penggunaan.
Astro Awani
Fri Jan 22 2021

Kementerian Luar Negeri berkata, Malaysia turut menzahirkan komitmen untuk bekerjasama erat dengan negara-negara lain bagi memastikan momentum global kekal kuat terhadap pelucutan senjata nuklear.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi
Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan semalam.

PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.