KLANG: Seorang nelayan selamat manakala seorang lagi masih hilang setelah bot yang mereka terbalik selepas dipukul ombak akibat cuaca buruk di perairan Pantai Acheh Pulau Indah di sini semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata nelayan terbabit telah keluar ke laut menggunakan bot gentian kaca pada pukul 8 pagi dengan tidak memakai jaket keselamatan.
Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa Arnizam Ibrahim, 43, dilaporkan selamat kerana sempat berpaut pada bot sebelum diselamatkan oleh bot pilot pelabuhan (TEGUH 2) manakala seorang lagi mangsa yang juga sepupunya Mohd Fazil Paijan, 36, masih hilang.
"Sebaik menerima laporan kejadian, Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada 5 petang semalam sebelum ditangguhkan pada 7.30 malam berikutan cuaca buruk serta keadaan gelap yang menyukarkan pencarian.
"Maritim Selangor juga telah membuka Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Marina Pulau Indah bagi menyelaraskan usaha Op Carilamat di sektor pencarian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Muhaimin berkata Op Carilamat disambung semula seawal pukul 7 pagi ini dengan pertambahan lima aset dari pelbagai agensi seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Turut terlibat dalam misi tersebut adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan sebuah pesawat PDRM AW 139 (PGU) meliputi radius sektor pencarian 102 batu nautika persegi, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Mohd Fazil (foto) dilaporkan masih hilang setelah bot yang dinaiki terbalik selepas dipukul ombak akibat cuaca buruk di perairan Pantai Acheh Pulau Indah semalam. -Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Seorang nelayan masih hilang dalam insiden bot terbalik di Pulau Indah
Nelayan terbabit telah keluar ke laut menggunakan bot gentian kaca pada pukul 8 pagi dengan tidak memakai jaket keselamatan.