Skip to main content

Malaysia

Serbuan: 1MDB beri kerjasama penuh kepada pasukan petugas khas

61436337571_ONEMDBRAID.jpg
61436337571_ONEMDBRAID.jpg

Advertisement

Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini melahirkan komitmennya untuk memberikan kerjasama penuh kepada Pasukan Petugas Khas yang melakukan serbuah di pejabat syarikat pelaburan strategik itu pagi tadi, hari ini.

1MDB turut memaklumkan mereka menyerahkan beberapa dokumen dan bahan berkaitan bagi membantu siasatan.

"1MDB memberi kerjasama penuh kepada Pasukan Petugas Khas dan pihak berkuasa yang terlibat," tulis syarikat itu dalam satu kenyataan media.

BACA: Polis serbu pejabat 1MDB

Syarikat itu turut mengulangi pendirian sekiranya terdapat salah laku dan penyelewengan, tindakan perlu diambil berlandaskan undang-undang.

Serbun ke atas pejabat 1MDB dibuat pada pukul 11.30 pagi.

Semalam, pasukan petugas khas pelbagai agensi yang menyiasat dakwaan penyaluran dana 1MDB berkata bahawa enam akaun berkaitannya telah dibekukan.

Akaun berkenaan dibekukan susulan laporan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah RM2.6 bilion dana 1MDB telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Must Watch Video

Advertisement