Skip to main content

Malaysia

Seri Manjung catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

Sebanyak 62 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana. - Foto BERNAMA
Sebanyak 62 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana. - Foto BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seri Manjung di Perak merupakan satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 108, setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 62 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana manakala lima kawasan merekodkan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement