Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia berkata perkara tersebut termasuk lawatan ke Muzium Penjara Bandar Hilir, Melaka, program dan juga lawatan melibatkan pihak peguam, Polis Diraja Malaysia, Kedutaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Langkah tersebut diambil susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
