SHAH ALAM:Sesi persekolahan semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Daerah Petaling ditangguh mulai hari ini (12 Okt) sehingga 25 Okt susulan peningkatan kes COVID-19.
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata penangguhan itu berkuat kuasa sehingga terdapat arahan baharu daripada jabatan itu.
"Sepanjang tempoh penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka itu, semua pengetua, guru besar dan ketua guru hendaklah memastikan guru-guru serta pelajar melaksanakan pengajaran serta pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian.
"Dalam hal ini, JAIS sentiasa memantau situasi di Selangor dan bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sementara itu, Mohd Shahzihan berkata semua janji temu majlis akad nikah yang dijadual dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang yang dibuat sebelum atau pada 7 Okt ditangguhkan berkuat kuasa serta merta mulai hari ini.
Beliau berkata penangguhan itu melibatkan janji temu pasangan dari Zon Klang dan Zon Kapar.
"Keputusan ini dibuat berikutan penangguhan semua aktiviti masjid dan surau oleh JAIS melibatkan seluruh Daerah Klang pada 7 Okt dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jumaat (9 Okt).
"Semua janji temu akad nikah individu terlibat di PAID Klang akan dijadualkan semula. Sebarang perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan majlis akad nikah bagi Daerah Klang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020

MOHD SHAHZIHAN: Sepanjang tempoh penangguhan, pengetua, guru besar dan ketua guru hendaklah memastikan pelaksanaan pengajaran serta pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian. - Gambar fail
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Hari pertama sekolah, reaksi ibu bapa hantar anak masuk kelas curi tumpuan
Seawal pukul 6.45 pagi, kehadiran maskot BSN mencuri perhatian ramai apabila muncul menceriakan suasana hari pertama persekolahan.

Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.

Polis giat kempen kesedaran dadah di sekolah di Pulau Pinang
Hamzah berkata walaupun statistik menunjukkan peningkatan, ia masih terkawal dan pihaknya mengambil langkah segera bagi membendungnya.

Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk
Pihak berkuasa Thailand pada Jumaat menutup lebih 350 sekolah di ibu negara Bangkok akibat pencemaran udara.

BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.

Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang
Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan oleh Kongres baru-baru ini mendapat persetujuan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.