KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19, yang memberi kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan termasuk industri pembinaan dan pembangunan infrastruktur negara, tidak menghalang Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk berjaya dan mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) 99 peratus menerusi pelaksanaan projek dan program sepanjang tahun lepas.
Membentangkan pencapaian setahun kepada media baru-baru ini, Menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 131 projek dilaksanakan di bawah kementerian itu dengan 111 projek telah disiapkan bernilai RM3.955 bilion pada tahun lepas.
Memetik keberhasilan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sebagai antara satu inisiatif yang dekat di hati kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata menerusi peruntukan sebanyak RM450 juta di bawah pakej berkenaan ia berjaya memberi manfaat kepada 962 kontraktor kecil G1 hingga G4.
"Sejumlah 1,056 projek terlibat, dengan pencapaian kemajuan kewangan sebanyak 94.6 peratus menerusi peruntukan tambahan PRE yang diterima KKR, bagi memberi peluang pekerjaan kepada kontraktor kecil serta membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi ketika dalam keadaan negara berhadapan pandemik," katanya.
Menerusi Pakej Prihatin Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Fadillah berkata sebanyak 416,922 penggiat industri menerima manfaat daripada pakej tersebut yang bertujuan meringankan beban kewangan kontraktor serta memberi peluang pekerja binaan menjalani kursus dengan CIDB, membabitkan peruntukan berjumlah RM63.2 juta.
FADILLAH-KKR (BERGAMBAR) 2 KUALA LUMPUR
Prestasi cemerlang kementerian itu turut dapat dilihat melalui Projek Central Spine Road (CSR) sepanjang 310.1 kilometer (km) di Kelantan dan Pahang, dengan kos keseluruhan yang telah diluluskan berjumlah RM7.57 bilion dan telah pun dimulakan secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
"Status projek ini yang siap 66.53 km, dalam pembinaan 92.17 km, peringkat perolehan 64.85 km dan peringkat perancangan 78.35 km," katanya.
Projek pembinaan infra rakyat ini juga termasuk projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan (KBKK) sepanjang 71.4 km merangkumi tiga pakej dan status projek siap sepanjang 13.85 km dengan kos keseluruhan telah diluluskan RM2.34 bilion.
Menyentuh mengenai Lebuhraya Pan Borneo, Fadillah berkata status projek siap masing-masing mencatatkan 60 peratus di Sarawak dan 45 peratus di Sabah.
Pencapaian juga dapat disaksikan menerusi kejayaan projek pembinaan infra rakyat iaitu Jambatan Putra di Tanjung Lumpur, Pahang dan jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting, Jalan Kuantan-Gambang, katanya.
FADILLAH-KKR (BERGAMBAR) 3 KUALA LUMPUR
Fadillah berkata projek yang menelan belanja RM205.5 juta bertujuan menyediakan kemudahan jalan lebih selamat dan selesa selaras pembangunan sekitar Bandar Kuantan itu telah disiapkan pada 25 Sept tahun lepas dan dirasmikan pada 21 Feb.
Selain itu, beliau berkata projek menaik taraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) Tanjong Karang - Sabak Bernam, Selangor dijangka siap pada 15 Dis tahun ini dengan kos projek berjumlah RM807.7 juta manakala jajaran Teluk Intan-Kampung Lekir, Perak juga dijadual siap pada 6 Ogos ini dengan kos RM706.55 juta.
Dalam aspek keselamatan pengguna jalan raya pula, Fadillah berkata sebanyak 159 lokasi di Jalan Persekutuan seluruh negara yang kerap berlaku kemalangan telah diperbaiki tahun lepas menerusi perbelanjaan sebanyak RM43.1 juta.
"10 lokasi blackspot (kawasan kemalangan) di lebuh raya seluruh negara (diperbaiki) untuk keselamatan 4.5 juta pengguna lebuh raya dengan kos RM1.2 juta," katanya.
Selain itu, KKR telah membangunkan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 (HNDP 2030) bagi mengenal pasti keperluan infrastruktur jalan di Semenanjung Malaysia untuk memastikan wujud jaringan perhubungan jalan raya yang baik buat kemudahan rakyat.
FADILLAH-KKR (BERGAMBAR) 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Dokumen ini menggariskan keutamaan pelaksanaan kepada projek berimpak tinggi, mampu menjana dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi, serta akan menjadi rujukan utama KKR dan agensi berkaitan untuk projek jalan baharu dan naik taraf untuk tahun 2021 sehingga tahun 2030 (RMK12 dan RMK13)," katanya.
Fadillah turut menjelaskan usaha digitalisasi kementerian dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mempercepatkan proses permohonan tender memandangkan terdapat kontraktor yang tidak dibenarkan merentas sempadan dan tidak dapat membeli atau menghantar dokumen tender.
"Kita sudah buat (sistem) secara dalam talian yang membolehkan kontraktor boleh muat turun dokumen tender seterusnya mereka boleh menghantar secara fizikal atau kurier semua tender mereka," katanya.
Berhubung satu peratus KPI yang tidak dipenuhi, Fadillah berkata antara faktor yang menyebabkan penangguhan projek termasuk pelaksanaan PKP 1.0, mengambil contoh faktor pergerakan bekalan bahan binaan antara negeri yang terbatas.
"Oleh itu, bagi projek kerajaan di bawah kelolaan Jabatan Kerja Raya, kita hanya lanjutkan tempoh pada PKP 1.0 selama 114 hari, dan projek Lembaga Lebuhraya (LLM) turut diberikan lanjutan automatik," katanya.
Sementara itu, Fadillah berkata kementeriannya turut menganggarkan lebih RM200 juta untuk penambahbaikan jalan raya yang rosak teruk akibat banjir dan penambahbaikan kekal bakal dilaksanakan secepat mungkin selepas mendapat kelulusan peruntukan.
Disoal mengenai status pemulihan jalan raya di negeri yang terjejas banjir, beliau berkata langkah awal yang diambil KKR adalah membuat laluan sementara dan jambatan keluli sebagai langkah sementara bagi kawasan-kawasan yang terputus jalan perhubungan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 131 projek dilaksanakan di bawah kementerian itu dengan 111 projek telah disiapkan bernilai RM3.955 bilion pada tahun lepas. - Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

MOT, KKR dalam proses akhir bangunkan sistem HS-WiM
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang dalam proses akhir membangunkan sistem 'High Speed Weigh-In-Motion' (HS-WiM).

Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.

Dasar cerun negara baharu sedang dirangka - Nanta
Kementerian Kerja Raya sedang merangka dasar cerun negara baharu bagi menggantikan dasar sebelum ini yang telah tamat tahun lepas.
![[KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan [KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724432303_TBNANTALINGGI.jpg)
[KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan
Jangan pandang mudah lubang jalan yang mungkin hanya sebesar tapak tangan, kesannya boleh meragut nyawa.
![[KOLUMNIS] MYJalan: Ayuh bersama 'cipta' jalan raya yang lebih selamat [KOLUMNIS] MYJalan: Ayuh bersama 'cipta' jalan raya yang lebih selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723600781_jalanberlubang.jpg)
[KOLUMNIS] MYJalan: Ayuh bersama 'cipta' jalan raya yang lebih selamat
Sebanyak 17,157 jumlah aduan diterima sejak permulaan kempen MYJalan pada 1 Ogos 2023 hingga 29 Julai 2024.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1A capai 77.41 peratus siap - Nanta
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A kini mencapai tahap 77.41 peratus dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada 2026, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025
Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dijangka dapat beroperasi sepenuhnya lebih awal iaitu pada April tahun depan.

LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.