SETAHUN yang lalu, 18 Mac 2020, bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh negara tatkala Malaysia ketika itu merekodkan 790 kes positif COVID-19.
Objektifnya hanya satu, mengawal impak penularan pandemik COVID-19 terhadap kesihatan serta keselamatan rakyat.
PKP yang pada asalnya selama dua minggu kemudian berlanjutan hingga 1 Mei diikuti PKP Bersyarat (PKPB) yang telah memberi sedikit pelonggaran kepada pergerakan rakyat.
Pengumuman yang dibuat pada 16 Mac itu telah menyebabkan berlakunya pembelian panik dalam kalangan pengguna.
Ia meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Semua rumah ibadat dan premis perniagaan diarah tutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Sekatan menyeluruh rakyat Malaysia ke luar negara, pelancong dan pelawat asing turut disekat masuk ke dalam negara.
Dari tadika sehingga ke institusi pengajian tinggi turut ditutup, sekali gus memaksa perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Istilah kunjung-mengunjung, balik kampung semasa perayaan dan upacara keramaian seperti perkahwinan dan majlis pengebumian juga terpaksa dilupakan buat sementara waktu semasa PKP.
Namun, pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang amat besar bukan sahaja kepada rutin harian, tetapi juga kelangsungan hidup, sumber pendapatan dan segenap aspek kehidupan.
PKP Diperketatkan (PKPD) turut dilaksanakan di beberapa kawasan yang merekodkan kes positif yang tinggi terutama dalam kalangan komuniti.
Walaupun pelaksanaan PKP telah membuatkan pertumbuhan sektor ekonomi tergendala dengan rakyat terpaksa hidup dalam keadaan norma baharu, namun ia terbukti berjaya membendung penularan kes baharu COVID-19.
Ia hasil tekad setiap antara rakyat di negara ini dalam memastikan wabak ini dibendung sepenuhnya.
Detik sukar ini dilalui sebilangan besar rakyat Malaysia dengan air mata tatkala nyawa jadi taruhan, hinggakan insan tersayang dijemput Sang Pencipta.
Para petugas barisan hadapan yang bekerja keras, tanpa kira masa dan kudrat terus diberi penghargaan.
Hingga satu ketika, Malaysia berjaya merekodkan sifar jangkitan tempatan.
Namun, Pilihan Raya Negeri Sabah serta membenarkan semula pergerakan rentas negeri menjadi antara sebab peningkatan semula kes COVID-19.
Perkara itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semenjak bermulanya penularan wabak COVID-19, kerajaan telah melaksanakan lapan siri pakej rangsangan ekonomi bernilai RM663.5 bilion.
Tujuan utama pastinya untuk membantu rakyat, perniagaan selain melindungi ekonomi.
Setahun berlalu, perjuangan melandaikan keluk COVID-19 masih berterusan.
Rakyat terus memberi harapan agar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bakal membawa sinar kepada kehidupan dan pembangunan Malaysia yang lebih baik.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 18 2021

Para petugas barisan hadapan yang bekerja keras, tanpa kira masa dan kudrat terus diberi penghargaan, hingga satu ketika, Malaysia berjaya merekodkan sifar jangkitan tempatan. - Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Setahun PKP: Antara kudrat, air mata dan pengorbanan
Detik sukar ini dilalui sebilangan besar rakyat Malaysia dengan air mata tatkala nyawa jadi taruhan, hinggakan insan tersayang dijemput Sang Pencipta.