Spesies pokok Damar Hitam Siput Daun Besar atau nama saintifiknya Shorea kuantanensis yang dilaporkan pupus pada 2010, berjaya ditemukan semula di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah yang terletak di Hutan Simpan Pelagat, Hulu Besut di sini.
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Datuk Mohd Ridza Awang berkata tiga batang pokok dari kumpulan kayu keras sederhana itu ditemukan semula pada Ogos 2014 oleh Mohd Nasir Mohd dan Salleh Endut yang ketika itu bertugas sebagai pegawai di jabatan itu.
"Pada asalnya spesies Shorea kuantanensis telah direkodkan hanya ditemui di Hutan Simpan Bukit Goh, Kuantan, Pahang pada 1936. Bagaimanapun spesies pokok tersebut telah dilaporkan pupus oleh 'Malaysia Plant Red List Peninsular Malaysia Dipterocarpaceae' pada 2010 akibat pertukaran status guna tanah kawasan Hutan Simpan Bukit Goh kepada ladang sawit," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media penemuan semula pokok Damar Hitam Siput Daun Besar di Taman Eko-Rimba Lata, Hutan Simpan Pelagat, di sini hari ini.
Katanya, tiga batang pokok yang ditemui itu berukuran lilit antara 28 hingga 76 sentimeter dan berumur antara 28 hingga 76 tahun.
Katanya, susulan penemuan itu JPSM dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengambil langkah pemeliharaan dan pemuliharaan spesies pokok berkenaan dengan menubuhkan petak Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemuliharaan Yang Tinggi (HCVF) di kawasan ia ditemukan iaitu di Hutan Simpan Pelagat.
"Penubuhan HCVF ini akan dapat memastikan Shorea kuantanensis dapat diuruskan dan dipulihara secara efektif bagi mengelakkan kepupusannya. Kawasan tersebut tidak akan dibenarkan sebarang aktiviti yang mengganggu tumbesaran pokok tersebut seperti aktiviti pembalakan," katanya.
Selain itu katanya Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu turut bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang untuk mengagihkan anak benih pokok Damar Hitam Siput Daun Besar bagi ditanam di kawasan bersesuaian sekitar Kuantan, Pahang.
Dalam pada itu katanya, pihaknya juga telah mengumpul lebih 2,000 stok anak benih pokok berkenaan untuk disemai di lokasi bersesuaian.
Sementara itu Mohd Nasir berkata pokok tersebut dijumpai ketika beliau dan rakannya Salleh sedang menyiapkan sebuah buku berkenaan tumbuh-tumbuhan untuk rujukan kakitangan JPSM.
Katanya ketika itu beliau bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang manakala Salleh pula bertugas sebagai Renjer Hutan Tertinggi di Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.
"Terdapat kira-kira 10 spesies damar hitam seperti Damar Hitam Gajah dan Damar Hitam Telepok, namun tidak banyak maklumat yang dapat diperoleh berkaitan Damar Hitam Siput Daun Besar. Kini walaupun telah bersara, saya dan Salleh masih berusaha untuk mengumpul maklumat berkenaan spesies ini bagi rujukan generasi akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 24 2020
Spesis pokok Damar Hitam Siput Daun Besar atau Shorea Kuantanensis yang diisytiharkan pupus pada 2010, berjaya ditemui semula pada 2014 di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah yang terletak di Hutan Simpan Pelagat, Hulu Besut. - Bernama
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Setelah dilaporkan pupus, pokok Damar Hitam Siput Daun Besar ditemukan semula
Tiga batang pokok dari kumpulan kayu keras sederhana itu ditemukan semula pada Ogos 2014.