Menerusi satu kenyataan pada Ahad, pusat beli-belah berkata ia menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
“Kami menyedari insiden yang malangnya telah berlaku di Setia City Mall pada malam tadi.
“Keselamatan dan kesejahteraan para pengunjung, penyewa, serta kakitangan kami adalah keutamaan utama,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihak pengurusan turut menghargai kesabaran dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh ini.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai satu kejadian tembakan yang dikatakan berlaku di sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat-beli belah di Setia Alam malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan tersebut.
Polis mengenal pasti seorang suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.
Tambah beliau, pihak polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)