SEPANG: Setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mesti dilengkapi kemudahan lif dalam masa setahun, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata ini berikutan antara rungutan yang sering diterimanya adalah berkenaan ketiadaan lif di stesen komuter yang menyusahkan pengguna terutama golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan wanita mengandung.
"Fokus tahun ini nak menambah baik (kemudahan) lif terlebih dahulu. Semua stesen komuter kena ada lif dalam masa setahun," katanya dalam majlis pelancaran aplikasi mudah alih Railway Assets Intelligence System (RAILS) yang dibangunkan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di sini hari ini.
Loke berkata RAC juga telah diarahkan membuat laporan audit bersama KTMB untuk dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dengan kadar segera bagi mengenal pasti stesen yang perlu diberi keutamaan dalam penyediaan kemudahan.
Beliau berkata RAC, agensi yang menjaga aset keretapi termasuk tanah di sepanjang landasan serta mengurus tanah untuk pembangunan komersial, mempunyai kemampuan dan pendapatan untuk menyediakan kemudahan di stesen kerana memperoleh hasil daripada penyewaan.
Sementara itu, Loke berkata aplikasi RAILS menawarkan kemudahan permohonan sewaan aset kereta api secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai menjadi rakan niaga RAC.
Kira-kira 1,300 penyewa dijangka menggunakan perkhidmatan RAILS dalam melakukan urus niaga dengan RAC, sekali gus dapat menamatkan masalah ejen pemungut serta kerenah birokrasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika berucap pada Majlis Pelancaran Aplikasi Mudah Alih (RAILS) Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di Ibu Pejabat RAC hari ini. - Foto BERNAMA

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Warga Pakistan mengaku rompak, rogol wanita di jejantas KTMB
Seorang penganggur warga Pakistan mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol dan merompak seorang wanita tempatan di jejantas stesen KTMB.

Setiap stesen KTMB mesti dilengkapi lif dalam masa setahun - Anthony Loke
Setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mesti dilengkapi kemudahan lif dalam masa setahun, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.