MELAKA TENGAH: Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, hari ini.
Allahyarham yang berusia 54 tahun difahamkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 pagi Jumaat semasa dalam perjalanan ke Hospital Melaka.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam kenyataannya mengesahkan perkara berkenaan dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat negeri Melaka.
“Secara peribadi saya cukup terkesan dan amat berdukacita dengan berita pemergian Allahyarham yang mana pemergian dalam waktu yang singkat ini merupakan suatu kehilangan besar kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri.
“Jasa dan sumbangan Allahyarham Datuk Wira Zaidi cukup besar kepada Kerajaan Negeri Melaka sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bermula pada 5 Januari 2022 hingga kini,” katanya.
Sementara itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi akaun Facebook rasminya turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Saya berasa amat dukacita di atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama kalangan orang beriman dan bertakwa.
“Dititipkan juga iringan doa semoga keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi ujian kehilangan orang tersayang serta dipermudahkan segala urusan,” tulis Mohd Zuki lagi.
Allahyarham Zaidi merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang ke-29 dan dilantik menjawat jawatan itu pada 5 Januari 2022 lalu.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Apr 19 2024
![Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713493201_SetiausahaKerajaan.jpg)
Allahyarham Zaidi yang berusia 54 tahun difahamkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 pagi Jumaat semasa dalam perjalanan ke Hospital Melaka.
![Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.
![Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740102617_KedaiKarpetNilai.jpg)
Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.
![OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740101605_KebakaranOKU.jpg)
OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
![Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731065312_gaveltukulmahkam.jpg)
Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.
![Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740098659_TourismMalaysia.jpg)
Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.
![Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740098732_Pemandumautnahas.jpg)
Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
![PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740098223_Bromeliad.jpg)
PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.
![Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713493201_SetiausahaKerajaan.jpg)
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.