SEPANG: Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb tiba di Malaysia malam tadi bagi memulakan lawatan khas empat hari hingga Jumaat ini atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesawat komersial yang membawa Sheikh Al-Azhar mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 10.42 malam dan disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Sejurus tiba, beliau diberi sambutan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai oleh Kapten Raja Azri Syahir Raja Mohd Zulkifli.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan usaha meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Mesir terutama dalam bidang hal ehwal Islam dan pendidikan.
Kenyataan itu menyebut Sheikh Al-Azhar turut dijadualkan menghadiri dan memberi ucapan pada Majlis Ilmu MADANI: Distinguished Speaker Series di Seri Perdana.
Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau kepada pemikiran dan pembangunan Islam, Sheikh Al-Azhar akan menerima ijazah doktor kehormat daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam satu upacara khas di Kuala Lumpur.
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Arab Mesir.
Menurut Wisma Putra, ini juga membuktikan pertalian erat dan kerjasama rapat antara kedua-dua negara dalam usaha membangunkan umat Islam yang progresif serta dinamik.
Mohd Na'im sebelum ini berkata, lawatan rasmi Sheikh Al-Azhar akan memberi makna yang besar kepada usaha pengukuhan perpaduan umat Islam selain memperkukuh keakraban hubungan Malaysia dan Mesir.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Ketibaan Ahmad Muhammad (kanan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi disambut Mohd Na'im. - Foto BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

PM Anwar ucap takziah kepada Sheikh Al-Azhar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam.

PM akan adakan pertemuan sekali lagi dengan Sheikh Al-Azhar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar iaitu Al-Imam Al-Akbar Sheikh Profesor Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib dalam masa terdekat.

Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar yang berstatus Perdana Menteri merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Arab Mesir.

Sheikh al-Azhar adakan lawatan rasmi ke Malaysia 2 hingga 5 Julai
Ketua Institusi Al-Azhar (Sheikh Al-Azhar), Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari bermula Selasa ini.