SHAH ALAM: "Mereka juga ahli keluarga kami." Ungkapan ringkas, cukup untuk menjelaskan tindakan mangsa banjir dan individu lain yang sanggup merisikokan keselamatan diri demi menyelamatkan "anak bulus" atau haiwan peliharaan dan jalanan daripada bencana itu.
Klip video yang memaparkan usaha mereka itu turut membanjiri media sosial tatkala operasi menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap, khususnya di Lembah Klang pada hujung minggu baru-baru ini, dilaksanakan pelbagai pihak.
Bagi Alia Zulaikha Mahmud, 21, dan adiknya Nur Hazirah, 14, pengalaman menyelamatkan 11 ekor kucing mereka yang sebelum itu terpaksa ditinggalkan di rumah mereka di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor, adalah antara yang sukar dilupakan.
"Kami terpaksa meredah banjir separas pinggang untuk selamatkan 11 ekor kucing kami, namun hanya sembilan sahaja selamat, dua lagi mati dihempap almari yang terbalik akibat dilanda arus deras air bah," kata Nur Hazirah, berkongsi cerita dengan Bernama.
Ceritanya lagi, dalam kejadian Sabtu lepas itu, paras air naik mendadak hingga ke paras dada orang dewasa, menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa menyelamatkan diri mereka terlebih dahulu, meninggalkan kesemua kucing mereka di atas almari.
"Apabila banjir mulai surut tiga hari kemudian, kami minta bantuan bot daripada pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menyelamatkan kucing dan harta benda yang lain," Alia Zulaikha mencelah.
Menurut adik-beradik itu, kesemua kucing mereka kini "menumpang" di rumah rakan-rakan.
"Kami bersyukur kerana kesemua ahli keluarga termasuk kucing-kucing kami selamat. Mungkin bagi sesetengah orang kucing-kucing itu hanyalah haiwan, tetapi bagi kami, mereka sebahagian daripada keluarga kami," kata Alia Zulaikha.
TERDESAK NAMUN MASIH PEKA SENSITIVITI
Sementara itu, seorang lagi penduduk Taman Sri Muda, Shirley Lim, 29, berkata pada awalnya dia teragak-agak untuk membawa anjingnya menaiki bot penyelamat ke pusat pemindahan kerana tidak mahu dianggap mementingkan diri.
"Ketika itu dalam kepala saya, saya hanya mahu menyelamatkan ibu bapa, adik perempuan dan Loki (anjing), yang lain sudah tidak kisah. Saya minta pasukan penyelamat membawa ahli keluarga saya dahulu sementara saya menjaga Loki untuk menunggu bot lain.
"Namun pasukan penyelamat tidak kisah dan menyuruh saya membawa Loki bersama walaupun saya berasa serba salah, tetapi syukur kami sekeluarga termasuk Loki dapat dibawa ke tempat selamat," katanya.
Sambung wanita itu, ibu bapa dan adik perempuannya ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Emerald, manakala dia menumpang di rumah rakannya di Kota Kemuning kerana hendak menjaga Loki.
"Saya tidak mahu membawa anjing saya ke tempat pemindahan kerana ada orang Islam. Lagipun saya risau anjing saya akan bising dan berak merata-rata, untuk keselamatan, saya perlu mengasingkannya daripada orang ramai demi menjaga sensitiviti," katanya.
Bercerita lanjut, Lim berkata pada Selasa, dia diberitahu oleh sukarelawan tentang klinik bergerak haiwan yang menyediakan rawatan percuma dan makanan untuk haiwan terjejas banjir di Kota Kemuning.
"Ketika itu Loki sudah tiga hari tidak makan kerana makanannya dihanyutkan arus banjir. Mendengar khabar tersebut saya menumpang kereta rakan dan bergegas membawa Loki ke klinik bergerak berkenaan.
"Saya bersyukur kerana ramai yang prihatin terhadap kami dan Loki," katanya.
KLINIK BERGERAK UNTUK HAIWAN
Klinik bergerak untuk haiwan itu yang beroperasi di depan restoran makanan segera KFC/Pizza Hut di Kota Kemuning, dikendalikan oleh Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) dengan kerjasama Persatuan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia (MSAVA) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor.
Menurut pensyarah kanan di Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia Dr Farina Mustaffa Kamal, mereka menjalankan inisiatif itu bermula 21 Dis lepas selama lapan hari hingga 27 Dis ini kerana menyedari banyak haiwan peliharaan dan jalanan terkesan oleh bencana tersebut.
"Kami menerima semua haiwan peliharaan, bukan sahaja anjing dan kucing tetapi juga ternakan seperti ayam, angsa ataupun itik yang diselamatkan daripada banjir.
"Selain rawatan asas percuma, bantuan makanan anjing dan kucing juga akan diberikan kepada mereka hasil sumbangan persatuan dan orang ramai," kata Dr Farina yang juga Exco MAVMA.
Bercerita tentang keadaan haiwan-haiwan terbabit, Dr Farina berkata kebanyakannya tiba di tempat rawatan dalam keadaan kesejukan dan kelaparan dengan ada yang diselamatkan selepas terjatuh ke dalam air dan ada juga yang sudah terendam dalam tempoh yang lama.
"Kami berikan mereka rawatan asas sebelum dipindahkan ke tempat selamat. Namun, jika ada yang memerlukan rawatan lanjut atau kritikal, kami akan sarankan ia dihantar ke klinik haiwan berdekatan kerana kami hanya sediakan rawatan asas," jelasnya.
Dr Farina berkata mereka juga menerima banyak anjing dan kucing peliharaan yang ditemukan oleh pasukan penyelamat dan sukarelawan di kawasan banjir.
"Kami menyediakan tempat untuk mereka di klinik bergerak ini dan misi kami ialah mencari tuan mereka dengan menguar-uarkan di media sosial," katanya.
TABUNG MAKANAN HAIWAN
Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia tampil melancarkan tabung makanan haiwan untuk anjing dan kucing, sama ada peliharaan ataupun jalanan, di kawasan yang terjejas banjir.
Presidennya Arie Dwi Andika berkata mereka mengutamakan kucing dan anjing peliharaan yang masih dalam jagaan pemilik.
"Ketika misi bantuan pengagihan makanan kepada pemilik kucing yang terjejas banjir, banyak suara dari luar dan beberapa tempat terjejas mengadu mengenai kurangnya pembelaan terhadap anjing.
"Oleh itu, kami telah melancarkan 'Dog Food Box' dengan mengajak pembekal makanan anjing untuk bersama-sama berganding bahu menghulurkan nikmat yang ada di tangan bagi dikongsikan bersama mangsa banjir di kawasan-kawasan terjejas," katanya.
Pemilik haiwan peliharaan juga dinasihatkan agar melepaskan haiwan kesayangan mereka ketika kecemasan agar haiwan terbabit mudah menyelamatkan diri dan kemudian diselamatkan oleh pasukan penyelamat dan sukarelawan.
Katanya persatuan itu juga amat berterima kasih kepada pasukan penyelamat, terutamanya APM yang bertungkus-lumus menyelamatkan anjing dan kucing peliharaan dan jalanan yang turut menjadi mangsa musibah tersebut.
"Mana-mana pemilik haiwan peliharaan yang memerlukan bantuan makanan ataupun sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh hubungi kami menerusi WhatsApp di talian 0105394749.
"Bantuan akan diagihkan secara berperingkat dan mengikut kawasan kerana ada badan bukan kerajaan dan individu yang turut mengagihkan bantuan makanan haiwan kepada yang memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021

Seekor kucing dilihat berteduh di bawah payung susulan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan seluruh negara. - Foto BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.